Tomok Pasrah Kena Bayar RM5593, Sedia Untuk ‘Let Go’ Harga Murah Baju Yang Tertumpah Pengilat Kuku

Share

“Tolong saya guys”

Itulah butir kapsyen yang ditulis oleh penyanyi terkenal, Tomok pada Ahad lepas sekaligus mendedahkan situasi yang mengejutkan berlaku kepadanya di sebuah butik Levi’s di Mid Valley ketika dia sekeluarga membeli-belah di situ menerusi sebuah klip video.

Shah Indrawan “Tomok” Ismail ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Menurut penyanyi kelahiran rancangan televisyen One in A Million itu, anak perempuannya tertumpahkan pengilat kuku berwarna merah jambu ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM449 dan RM499.

Ia menyebabkan pengurusan butik meminta Tomok untuk membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 ketika insiden itu terjadi di pusat membeli-belah, MidValley Megamall.

Pasrah dengan situasi itu, Tomok tampil dengan satu hantaran video di akaun Instagramnya pagi ini dengan butiran jelas berkaitan harga baju dan seluar tersebut, kesan pengilat kuku dan harga baru yang lebih murah untuk pembeli yang berhasrat ingin memilikinya.

“Bagi siapa yang berminat, saya memang nak let go semua ini. Harga seluar ini RM1299, saya nak jual dengan harga RM800. Manakala baju ini harga asalnya ialah RM499, saya nak jual dgn harga RM300 manakala baju ini pula saya jual dengan harga RM250 sahaja berbanding harga asalnya RM449,” ujar beliau sambil turut menunjukkan kesan titikan pengilat kuku itu di setiap pakaian tersebut.

Penyanyi berusia 38 tahun itu turut  mengucapkan jutaan terima kasih kepada staf butik Levi’s MidValley yang banyak membantunya sepanjang proses pembayaran ganti rugi terjadi.

Ketiga-tiga anak Tomok, hasil perkahwinannya dengan Rahayu Abas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan ada juga yang memberi cadangan agar Tomok meletakkan tandatangannya di pakaian tersebut agar nilai baju tersebut lebih berharga dan cepat terjual.

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Tomok, Kosmo

Published by
Adriana Syaurah