Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Untuk tahun ini, iklan untuk Hari Raya Aidilfitri sedikit berbeza kerana disambut dalam keadaan dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 dan Malaysia sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari Petronas, Adabi, Maxis, Saji, TM dan TNB. Sesuai dengan tema #RayaTetapRaya, tonton kompilasi iklan raya 2020 di bawah:
1. PETRONAS – Antara Dua Jendela
Mengisahkan mengenai kisah cinta yang merentasi jarak dan masa, iklan Petronas untuk kali ini agak berbeza kerana ditampilkan dalam bentuk animasi.
“Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka.”
2. ADABI – #AdabiRayaTetapRaya
Meskipun jauh di mata, kebersamaan tetap tidak dilupakan.
3. MAXIS – Suasana Syawal Sempurna
Walaupun Syawal kali ini disambut dalam keadaan yang kurang sempurna, ianya pasti memberikan keriangan kerana dalam kesusahan ada keindahannya.
4. SAJI – Kuah Kacang Ibu
Tak lengkaplah sambutan Raya kalau tiada menu kuah kacang dan nasi himpit kan? Nak tahu resipi rahsia kuah kacang istimewa, tonton video di bawah:
5. TNB – #SemangatRayaEpikFantastik
Menampilkan kembali Jero si kucing gebu, iklan raya TNB kali ini lebih santai namun tetap menghiburkan.
6. TM
Antara yang paling awal keluarkan iklan raya, Telekom Malaysia tampil dengan mesej yang padat. Hanya dengan kompilasi gambar situasi yang dihadapi sekarang diiringi dengan instrumen mendayu cukup boleh membuatkan penonton menangis.
Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya. So tahun ni mana satu iklan raya yang korang paling suka?