Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Walaupun sebelum ini ada yang menjangkakan ‘demam’ K-pop ini akan kebah pada dua, tiga tahun sebelum ini ternyata jangkaan mereka meleset sama sekali.
Malah, empayar yang dibina oleh pelbagai wajah K-pop kini bukan perkara baru di peringkat global. Kejayaan BTS muncul di pentas American Music Awards 2017 juga telah banyak membuka mata warga Amerika Syarikat tentang betapa besarnya pengaruh yang dibawa oleh anak-anak muda dari Korea Selatan.
Baru-baru ini, YouTube telah mengeluarkan senarai rasmi Top 10 muzik video K-pop yang paling banyak ditonton sepanjang tahun 2017.
Dari BTS ke BLACKPINK ke EXO, ramai grup popular berjaya menyelinap menduduki carta yang sering mendapat perhatian ramai bila tiba penghujung tahun. Namun, siapakah yang menjadi raja kepada carta ini di peringkat global? Jom kita saksikan bermula dengan kedudukan di tempat kesepuluh!
Ikon pop Korea yang secara tidak langsung meletakkan K-pop di peta dunia dengan lagu sensasi ‘Gangnam Style’. PSY masih lagi mempunyai pengaruh cukup hebat apatah lagi dengan lagu New Face yang cukup catchy.Sejak dimuat naik pada bulan Mei 2017, ia kini mencatat jumlah view lebih 98 juta!
Walaupun EXO sering dilanda kontroversi terutamanya dengan pengunduran beberapa ahlinya namun peminat-pemibnat mereka masih lagi menyokong kuat gerakan muzik dibawa oleh 9 anak muda berbakat ini. ‘Ko Ko Bop’ yang merupakan single dari album ‘THE WAR’ menjadi bukti sokongan tersebut.
Lagu duet menampilkan Chanyeol (EXO) & Punch ini merupakan lagu OST drama popular hebat, ‘Guardian: The Lonely and Great God’. Gabungan vokal balada mereka menjadi kekuatan utama.
Nama BIG BANG sememangnya tidak perlu lagi diperkenal. Dianggap sebagai antara ‘royalty‘ K-pop, BIG BANG sentiasa membuktikan mereka berada di kelas tersendiri. Muzik video yang mereka perkenalkan juga amat jarang mengecewakan, begitu juga dengan ‘FXXX IT’.
Kyeopta!!! Yes, they’re cute and colorful! Grup yang lahir dari program nyanyian Sixteen ini kini menjadi antara anak emas JYP Entertainment. Bukanlah bergelar rookie, TWICE kini sudah berjaya menembusi pasaran global. Ternyata ‘Signal’ dibawa mereka mencuri perhatian ramai.
Bila sebut nama BTS pastinya ramai pengikut muzik K-pop akan terus terbayang irama rancak dengan gerak tari hebat. Tapi menerusi ‘Spring Day’, BTS menampilkan sisi pop serta r’n’b kepada peminat dan ia cukup menjadi!
Sebuah lagi lagu TWICE yang sangat popular ditonton di YouTube berjudul ‘Knock Knock’. Tahun 2017 nampaknya merupakan tempoh yang cukup luar biasa bagi mereka!
Lagu ini merupakan salah sebuah single yang terdapat di dalam album YOu Never Walk Alone (album repackage Wings) yang dikeluarkan pada awal tahun 2017. Video YouTube ‘Not Today’berjaya mendapat jumlah view sebanyak lebih 173 juta sejak dimuat naik pada Februari lalu.
Inilah lagu yang dipersembahkan oleh BTS di American Music Awards 2017 yang menjadikan mereka trending di semuan laman media sosial! Populariti luar biasa BTS pada tahun 2017 memang tidak dapat disangkal lagi. Dalam carta ini sahaja mereka mempunyai 3 buah lagu. Daebak
!Siapa sangka grup BLACKPINK yang melakukan debut pada tahun 2016 mampu melakukan impak sehebat ini. Muzik video ‘As If It;s Your Last’ yang dimuat naik pada bulan Jun lalu telah mendapat jumlah view lebih 207 juta! Dalam tempoh enam bulan sahaja berjaya mendapat angka tersebut. Girl power, BLACKPINK fighting!
Bagaimana muzik K-pop akan terus bertahan pada tahun 2018. Adakah kamu rasa mereka akan menjadi semakin hebat atau ia akan semakin merudum? Melihatkan trend ini, Remaja berasa K-pop akan terus bertakhta di hati peminat global. Sama-sama kita tunggu dan lihat pada tahun 2018!