Top 3 Hero Remaja 2017 Kongsi Tip Untuk Peserta Uji Bakat Tahun Ini

Share

Tahun 2019 merupakan satu titik permulaan yang baik buat finalis Hero Remaja 2017 apabila masing-masing sudah pun berjaya membintangi drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Alif Muhaimin merupakan juara Hero Remaja 2017 dan mula bergiat dalam dunia lakonan dengan drama pertamanya, Tak Ada Cinta Seperti Mu bersama pelakon yang juga merupakan seorang bekas finalis Hero Remaja, Syafiq Kyle dan pelakon jelita Zahirah Macwilson.

Selepas itu, Alhamdulillah rezekinya berterusan dan sehingga kini, dia sudah berlakon beberapa buah drama antaranya seperti Setelah Terlafaznya Akad, Sara Sajeeda dan banyak lagi.

Begitu juga dengan Naib Juara dan penyandang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Farhan Asri dan Harris Annuar masing-masing juga sedang sibuk menjalani sesi penggambaran drama tempatan.

Dalam kesibukan harian sebagai seorang anak seni, ketiga-tiga bekas finalis ini sempat memberikan nasihat dan tips untuk korang yang bakal menghadiri sesi uji bakat nanti.

Jom kita lihat apa kata mereka..

Alif Muhaimin (Juara Hero Remaja 2017)

First sekali korang kena tahu masuk Hero Remaja ni bukan setakat nak menjadi seorang yang terkenal dan jadi artis. Bila kita dah melangkah masuk ke dalam Hero Remaja, kita seperti dah membuka pintu untuk menerima kutukan, kecaman daripada orang lain. Jadi maksud Alif, korang perlu buat persediaan mental terlebih dahulu.

Hero Remaja perlukan individu yang bersikap toleransi dan paling penting, mempunyai sifat kepimpinan yang baik. Korang kena jelas dengan visi dan misi hidup korang. Kalau korang menang nanti, apa yang korang boleh ubah, terutamanya masalah atau isu yang berkaitan dengan remaja.

Macam Alif dulu, bila datang casting Alif memang ringankan mulut bertegur sapa dengan semua orang yang ada disitu. Bila kita dah mula bersembang, nanti nak casting tak rasa berat dan akan rasa lebih yakin. Masuk bilik juri nanti, salam tangan yang mana boleh salam dan senyum seikhlas hati. Elakkan muka sombong. Hiks!

Farhan Asri (Naib Juara Hero Remaja 2017)

Pertama sekali, korang kena tahu apa yang special dekat diri korang. Kalau boleh berlakon, asah seni lakonan tu daripada sekarang. Kalau boleh menari atau menyanyi, praktis, praktis dan praktis sampai yakin. Cari dalam diri apa yang membuatkan diri korang layak untuk dipilih, berbanding orang lain.

Kalau bercakap soal penampilan, bagi pendapat Farhan korang kena pastikan datang dengan keadaan yang rapi dan kemas, terutamanya rambut. Pilih pakaian yang selesa dan mengikut kriteria yang ditetapkan pihak penganjur. Macam Farhan sendiri seorang lelaki yang metroseksual, jadi Farhan akan pastikan penampilan diri menjadi keutamaan sebelum datang casting.

Harris Annuar (Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017)

Please, please and please be friendly and don't be so judgemental ketika datang casting nanti. Jangan pula korang tak bertegur sapa dan buat hal sendiri. It's not a good vibe kalau korang sombong. Kalau korang nak masuk dalam industri seni, korang kena start dengan be friendly, visible dekat semua orang. So that, mereka tak rasa korang seorang yang sombong.

Dan apa yang Harris maksudkan don't be so judgemental adalah janganlah bila korang datang nanti korang nampak kakak atau abang-abang yang jalan dekat situ, korang buat sombong. Mungkin mereka salah seorang crew atau juri yang terlibat. Korang kena bertegur sapa dengan mereka, dan kena be friendly dengan semua orang. Jangan bertegur dengan peserta saja, sebaliknya cuba untuk 'ringan mulut' dengan semua orang yang ada disitu.

Wah, padat sungguh nasihat dan tip yang diberikan oleh mereka ini. So guys, diharap korang sudah bersedia dan lebih berkeyakinan untuk datang pada sesi uji bakat nanti.

See you soon!

Published by
Noor Ain Norman