Topeng Muka Dan Sanitasi Tangan Secara Percuma Untuk Rider Makanan Mulai Esok!

Share

Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Baru sebentar tadi, melalui laman twitter Menteri Belia dan Sukan hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan agihkan lebih kurang 5000 topeng muka dan juga sanitasi tangan secara percuma kepada semua penghantar makanan – tidak kira dari GrabFood, FoodPanda dan sebagainya.

Topeng muka dan sanitasi tangan percuma ini akan diagihkan bermula 27 Mac 2020 pada pukul 9 pagi di beberapa lokasi – iaitu di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan, JBSN Negeri Sembilan, dan Spacerubix Puchong.

Penawaran ini adalah untuk yang terawal, dan sementara stok masih ada. Bagi anda yang terlibat dalam penghantaran makanan, mungkin boleh mendapatkan penawaran ini bermula esok, 27 Mac 2020.

Ketika ini bekalan topeng muka sukar untuk didapati. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok bekalan topeng muka dan kemudiannya menjual secara dalam talian dengan harga yang amat mahal.

Moga Allah melindungi abang-abang riders yang menjadi hero kita sekarang.

Sumber : Twitter Reezal Merizan

Published by
Nana