Tote Bag Inspirasi Topeng Muka Kini Dijual Secara Online

Share

Situasi pandemik COVID-19 telah mencetus idea kebanyakan individu dalam menghasilkan produk atau gaya yang berkaitan dengan virus ini.

Sebelum ini, ada yang mencipta gaya rambut koronavirus, cekodok korona, malah seorang pegawai polis di India juga turut tampil dengan idea topi keledar koronavirus bagi menakutkan kanak-kanak yang keluar rumah.

Terbaru, sebuah syarikat percetakan kain dari Indonesia, Arlie Percetakan Kain

telah pun menghasilkan tote bag dengan berinspirasikan topeng muka.

Walau bagaimanapun, khabarnya pihak mereka hanya mengeluarkan cetakan dan fabrik untuk tote bag ini saja dan bukannya penghasilan sepenuhnya.

Dengarnya mereka juga turut menghantar pesanan ke Malaysia. Jadi, kalau korang nak mengikut trend ‘koronavirus’, bolehlah buat tempahan segera. Hiks!

Published by
Noor Ain Norman