Tidak dinafikan penggunaan Touch n Go eWallet banyak memberikan manfaat buat pengguna kerana menawarkan pelbagai diskaun pembelian di beberapa jenama terpilih.
Kini, Touch n Go eWallet telah mengambil bahagian di dalam program e-Tunai Rakyat, iaitu satu inisiatif digital Kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada pembentangan belanjawan 2020 yang lalu.
Melalui inisiatif ini, korang yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk menerima Rm30 seorang melalui Touch n Go eWallet.
Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehinga 14 Mac 2020. Korang boleh buat tuntutan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan tersebut.
Rakyat Malaysia yang layak boleh menebus dan menggunakan dana ini di mana-mana daripada 110,000 rakan niaga yang menerima penggunaan Touch n Go eWallet seperti restoran dan kedai makan, stesen petrol, tiket wayang dan kapal terbang, utiliti dan juga pasaraya.
Korang juga boleh buat membuat bayaran untuk bil telefon bimbit, pembelian dalam aplikasi seperti pembayaran ruang letak kereta dan juga bayaran tol melalui ciri-ciri unik eWallet seperti PayDirect dan RFID.
So guys, jangan lupa bermula 15 Januari depan untuk tuntut dengan Touch n Go eWallet. Rugi pula kalau tak digunakan manfaat yang ada bukan?