Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022.
Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Sementara itu, Keeran telah dipilih sebagai Dewi Inspirasi, manakala Tracie membawa pulang kategori Dewi Favourite bagi edisi kali ini.
Ads
Pada malam kemuncak, sepuluh orang peserta telah diberi kata kunci berasingan untuk mereka masing-masing huraikan dalam tempoh 30 saat.
Selepas pusingan tersebut, empat orang peserta telahpun membolosi pusingan kedua bagi segmen soal jawab bersama panel juri.
Ads
Kesemua peserta diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Hj. Nawawi, Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010, Izara Aishah dan finalis Dewi Remaja 1990/1991, Didie Alias.
Pencarian Dewi Remaja Edisi 2022 bermula sejak sesi uji bakat pada bulan Mac 2022 dan seramai 16 orang gadis telah dipilih sebagai peserta bagi musim ke-12.
Ads
Peserta lain yang turut terpilih bagi musim kali ini ialah Reezly Shafeera, Fifi Filan Tisya, Melissa Aurelia, Eiman Wan Zul, Milleh Christian Anderson dan Keeran Praval.
Pelbagai cabaran telah diberikan kepada finalis untuk mengasah kemampuan setiap seorang daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang tujuh minggu ia ditayangkan di saluran Astro Ria dan aplikasi Astro Go.
Pencarian Dewi Remaja 2022 telah disokong dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia dan WonderDewi by WonderLab.
Pentas akhir Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini telah dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pencarian Dewi Remaja 2019 masih lagi diteruskan. Bermula pada 7 Sept (Sabtu) dan 8 Sept (Ahad), uji bakat sudah pun berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf dengan menyaksikan ramai peserta yang turun padang untuk menonjolkan bakat mereka kepada para juri, seterusnya berharap agar terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2019.
Bukan saja gadis biasa, malah ada juga diantara mereka yang sudah berlakon di kaca TV turut mencuba nasib menyertai casting minggu lepas.
Bagi korang yang belum sempat nak sertai kami, korang masih berpeluang untuk menghadiri casting Dewi Remaja 2019 pada minggu akhir, 14 Sept (Sabtu) dan 15 Sept (Ahad) ini.
Mungkin ada yang menganggap bahawa Pencarian Dewi Remaja ini terbuka untuk gadis Melayu sahaja, tapi sebenarnya tidak guys. Kami memang mengalu-alukan penyertaan dari gadis Melayu untuk menyertai program ini.
Kalau korang nak tahu sebenarnya dari dulu lagi, kami sudah menerima peserta bukan Melayu, malah pada edisi Dewi Remaja 1990/91, Jasmeen Dhillon telah pun menewaskan peserta lain dalam merebut takhta Dewi Remaja.
Berikut kami senaraikan antara peserta-peserta bukan Melayu yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja.
1. Pencarian Dewi Remaja 1990/91
Jasmeen Dhillon (Juara)
Irene Santiago
2. Pencarian Dewi Remaja 1998/99
Beatrice Au
3. Pencarian Dewi Remaja 2002/03
Pushpa Narayan (Pemenang tempat kedua)
Loo Mei Ling
4. Pencarian Dewi Remaja 2005/06
Ivy Lee (Pemenang tempat kedua)
Nicolita Sanseh
5. Pencarian Dewi Remaja 2009/10
Shangkaree Nadarajan (Pemenang tempat ketiga)
Nah, dah terbukti Pencarian Dewi Remaja bukan saja terhad kepada penyertaan gadis Melayu sahaja kerana sebelum ini kami juga telah pun mempunyai peserta bukan Melayu yang menyandang gelaran sebagai juara.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menghadiri sesi uji bakat terakhir kami yang bakal berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf pada Sabtu (14 Sept) dan Ahad (15 Sept) ini.
See u there!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa menitipkan nasihat buat para pelajar di luar sana bahawa pendidikan dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sangat penting.
Pelakon drama hit Saat Kau Takluk Cinta itu menyatakan pandangan murninya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Instastory miliknya.
“Betul ke orang cakap SPM tak penting?” tanya seorang pengguna.
Tampil menjawab soalan tersebut, Intan memberitahu seseorang perlu mengutamakan pelajaran agar masa depan mereka lebih cerah.
“Korang, tolong faham yang SPM sangat penting. Pendidikan adalah sangat penting. Jangan cuba untuk jadikan pelajaran tak penting hanya kerana awak boleh buat duit dengan cara lain pada zaman ini. Itu bukan masalahnya.
“Pendidikan membentuk kita menjadi individu yang lebih baik. Kita tak akan tahu apa akan terjadi pada masa hadapan, dengan adanya pelajaran dan ‘backup plan’ pasti akan sangat membantu di masa depan,” katanya.
Aktres itu turut menegaskan untuk sentiasa mencari ilmu sekali gus dapat menjadi contoh yang baik kepada generasi seterusnya.
“Dan ingat, teruskan mencari ilmu walau apa sekalipun. Apa yang kita belajar akan kekal dengan kita sepanjang hidup dan akan memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan generasi akan datang,” coretnya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya sehingga mengabaikan pelajaran.
Sekadar info, pelakon berusia 26 tahun ini masih dalam pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahniah kami ucapkan kepada Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi yang baru saja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan.
Kalau sudah namanya resepsi selebriti, tentulah ramai rakan selebriti yang hadir melaram pada malam ini. Jom tengok stail siapa yang menjadi kegemaran korang.
Nelydia Senrose
Okay kami perlu sertakan sekali Nelydia di dalam senarai ini kerana dia kelihatan cukup cantik sekali!
Mendapat sentuhan jurusolek Dato Alha Alfa dan dandanan CKay Liow, Nelydia kelihatan seperti seorang puteri dalam persalinan Rizman Ruzaini ini.
Uqasha Senrose
Fuh merah Mak Ngah! Uqasha mendapat perhatian ramai malam ini dengan persalinan kebaya lace oleh Ezuwan Ismail. Rambut didandan bersanggul agar tidak menutupi perincian manik pada baju.
Raysha Rizrose
Dewi Remaja 2014/2015 ini juga memilih persalinan ala kebaya tetapi dimodenkan dengan sentuhan drapping pada bahagian pinggang. REMAJA juga menyukai pemilihan aksesori anting-anting Raysha yang cocok dengan warna nude bajunya.
Syamim Farid
Naib juara Dewi Remaja ini membuktikan persalinan ringkas tidak semestinya membosankan. Kata kuncinya adalah kekemasan dan kami amat cemburu dengan dandanan rambut serta solekan Syamim!
Nadiyah Shahab
Jika tak bergaya, bukan Nadiyah Shahab lah namanya. Suri kepada Ben Ali ini datang untuk meraikan sahabat baiknya dalam persalinan merah kedam dan drapping pada bahagian dada. Siapa kata beg dempak tak boleh dijadikan kluc elegan?
Fazura
Ringkas tetapi bersesuaian dengan majlis resepsi pada malam ini! Gaya dan dandanan Fazura ini mudah untuk ditiru oleh kita semua jika berkunjung ke majlis resepsi perkahwinan. Biru gelap dan gincu menyerlah, you are good to go!
Whulandry
Hamil tak semestinya dijadikan alasan untuk tidak bergaya. Bekas finalis Miss Indonesia, Whulandry mengenakan dress sarat longgar untuk dipadankan dengan baju Melayu suaminya ke majlis Nelydia. Rambut ringkas dibawa ke belakang agar perincian baju lebih menyerlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...