Tragedi Gempa Bumi Di Turkiye & Syria, Seluruh Dunia Tampil Hulur Bantuan

Share

Semalam, dunia dikejutkan dengan satu berita yang menyanyat hati apabila berlaku tragedi gempa bumi di negara Turkiye dan Syria sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda yang teruk selain jumlah mangsa yang terkorban semakin meningkat bagi kedua negara itu.

Tidak hanya duduk diam dengan tragedi tersebut, negara-negara dari seluruh dunia mengambil inisiatif menawarkan bantuan kepada Turkiye dan Syria untuk turut sama terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa tragedi gempa bumi kuat yang meragut lebih empat ribu nyawa, setakat ini.

Antara yang sedang menghantar bantuan adalah Kesatuan Eropah yang mengerahkan beberapa pasukan penyelamat ke Turkiye.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Atau Tidak? Pasukan Bola Sepak Kedah Di Turkiye Semasa Gempa Bumi Melanda

Kredit foto: AFP

“Pasukan-pasukan dari Belanda dan Romania sedang dalam perjalanan ke sana (Turkiye),” kata Komisioner Pengurusan Krisis EU, Janez Lenarcic menerusi laman Twitter.

Selain itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula berkata, Paris sedia memberikan bantuan kecemasan kepada Turkiye dan Syria untuk meringankan usaha menyelamat.

“Kami berdiri teguh bersama semua keluarga yang terlibat,” ciapnya menerusi Twitter miliknya.

Kredit foto: AFP

Tidak ketinggalan adalah Russia dengan Presiden Vladimir Putin menghantar pesanan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan rakan sejawatnya dari Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Kami berharap semua mangsa yang cedera segera sembuh. Russia bersedia untuk menyediakan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi impak daripada bencana alam ini,” kata Putin.

Selain itu, antara negara lain yang menawarkan bantuan termasuk Britain, Ukraine, Sepanyol, Iran, Poland, Republik Czech, Malaysia dan Switzerland.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath