Seorang pemandu Grab, Aiman Nosri ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata mangsa yang berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam.
“Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki ke atas.
“Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor menemukan 2 telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta berkenaan.
Tey berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lepas.
Sebelum itu kehilangannya sudah dihebohkan di kalangan komuniti pemandu Grab yang turut sama diminta membantu mencarinya. Namun mereka semua kemudiannya dikejutkan dengan berita kematiannya yang menyayat hati itu dipercayai dijerut.
Dalam pada itu susulan kematian Aiman Nosri, Warga JBGC Community telah menulis secara terbuka di fb GrabCar JB Registration dan menuntut syarikat GRAB mengetatkan syarat permohonan apps RIDER selain membuat lima tuntutan lain ekoran kematian Aiman Nosri.
SALAM TAKZIAH dari seluruh warga JBGC Community…
buat keluarga Allahyarham Aiman Nosri , pemandu Grab di Klang Valley atas pemergian beliau dalam satu tragedi menyayat hati dan mengejutkan kita semua pemandu2 Grab seluruh Malaysia dan Singapore.
Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan dilimpahi kasih sayang ALLAH dan ditempatkan di syurga di kalangan orang-orang yang beriman…
Sesungguhnya, kami pemandu-pemandu Grab seluruh Malaysia amatlah berdukacita diatas berita ini dan mengharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat dan dapat menangkap penjenayah terlibat.
Untuk makluman sahabat pemandu Grab semua, Allahyarham ditemui telah meninggal dunia akibat dijerut di leher di dalam kereta beliau di kawasan flat di Selayang. Dan di syaki penjenayah adalah warga ASING.
Dengan ini, kami pemandu-pemandu GRAB seluruh MALAYSIA amatlah menggesa pihak Grab Malaysia memperketatkan lagi pendaftaran pengguna-pengguna Grab yang menggunakan apps “Rider” dengan memperketatkan syarat seperti perlu mengemukakan data peribadi mereka sepertimana pemandu-pemandu semasa memohon menjadi Pemandu Grab yang sah.
Keselamatan pemandu amatlah di utamakan. Kami mencari rezeki dengan ‘menyewa’ aplikasi atas talian E-Hailing dari syarikat GRAB dan syarikat perlulah memastikan penyewa-penyewa aplikasi yang membayar sejumlah 20 atau 25 peratus dari pendapatan itu mendapat perlindungan sewajarnya dari penyedia aplikasi.
Sekurangnya, pengguna perlu mendaftar dengan menghantar maklumat asas seperti salinan Kad Pengenalan / Passport dan satu gambar profil bagi memudahkan pihak berkuasa atau juga membantu pemandu mengecam pelanggan bila sampai di ‘pickup point’.
Kami amat menggesa pihak GRAB MALAYSIA memandang serius perihal ini bagi memastikan kedua2 pihak samada pelanggan dan juga pemandu sentiasa dalam keadaan selamat dan nasib mereka terbela.
Permintaan lain pemandu yang mengharapkan perhatian pihak Grab Malaysia :
* Please do something for our Grab community feel safe to drive and works *
#jbgcsentipteam #johorbahrugrabdrivers #jbgccommunity
#alfatihahbuatAiman #sharetoallforconcern