Negara hari ini dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya yang melibatkan seramai 94 orang pengunjung, pada jam 2 pagi tadi.
Menurut laporan Utusan Malaysia, tiga tapak perkemahan yang terlibat dalam tragedi berkenaan pada hari ini, yang diusahakan sebuah syarikat disahkan beroperasi tanpa lesen sejak tahun 2020.
Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), pada tahun 2019.
Tambahnya lagi, selain, fokus utama pada masa ini memastikan dapat menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh, beliau juga menasihati buat semua pengusaha di luar sana agar mendapatkan nasihat daripada jabatan tertentu sebelum membuka tapak perkhemahan.
Ads
“Mereka ada kebenaran merancang untuk membangunkan kebun organik bukan tapak perkemahan.
“Saya nasihatkan kepada semua pengusaha adalah perlu mendapatkan nasihat daripada Jabatan Mineral dan Geosains sebelum membuka tapak perkemahan di kawasan berisiko tinggi.
“Selain itu, ada lagi 17 hilang dan tidak dapat dikesan, operasi ini akan diteruskan sampai kita jumpa mangsa yang tertimbus dan berharap mereka selamat. Bagi pihak kerajaan saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban,” katanya.
Ads
Sehubungan itu, beliau turut menggesa mana-mana pengusaha tapak perkemahan di seluruh negara yang menjalankan operasi tanpa lesen yang sah berhenti segera sebelum tindakan tegas diambil.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Teluk Intan itu juga berkongsi bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat prihatin dengan tragedi tanah runtuh ini dan memaklumkan akan ke tapak kejadian selepas Isyak.
Ads
Sebagai peringatan, sebaiknya pilihlah lokasi percutian yang selamat. Elakkan bercuti di kawasan yang terdedah pada lereng bukit, tepi sungai, pantai mahupun kawasan rendah yang mudah dinaiki air. Lebih selamat, beristirehat sahaja bersama keluarga di rumah sewaktu musim taburan hujan padat, pada waktu ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tahun 2019 nampaknya tahun yang sangat bagus buat dua nama besar dalam industri hiburan iaitu grup Korea Selatan, BTS dan Ariana Grande.
Apa taknya, kedua-duanya antara yang tersenarai dalam senarai 25 manusia paling berpengaruh di Internet oleh Time.
Kalau kita lihat pencapaian BTS untuk tahun sememangnya sangatlah membanggakan. Dengan jualan album mereka kemudian dicampur pula dengan konsert jelajah malah aplikasi game BTS World yang mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia sememangnya melayakkan mereka untuk tersenarai.
BTS juga dikhabarkan bakal mengadakan konsert mereka di Riyadh, Arab Saudi, Oktober ini.
Sementara itu, lagu-lagu album Thank You, Next sememangnya berhantu dan mendapat banyak respon positif peminat.
Tidak cukup itu, dia juga turut memecahkan rekod sebagai individu paling ramai jumlah pengikut di laman media sosial iaitu sebanyak 223 juta orang.
Selain BTS dan Ariana, antara nama-nama lain yang turut menduduki carta Lin Nas X, Alexandria Ocasio-Cortez, Presiden Donald Trump, Rahaf Mohammed, The School Strikers, Liza Koshy, Brian Kolfage, James Charles, Prince Harry dan Meghan Markle, German Garmendia, Cardi B, Chris Godfrey, Carlos Maza, Zhang Dayi, Jojo Siwa, Ben Shapiro, DrLupo, Emma Chamberlain, Hong Kong Protesters, Yashar Ali, Jameela Jamil, Ady Barkan, dan Jada Pinkett Smith.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kekejaman tentera rejim Zionis yang sering melancarkan serangan ke atas Gaza, Palestin mendapat kecaman hebat daripada masyarakat dan juga selebriti terkenal dunia.
Supermodel popular Bella dan Gigi Hadid antara selebriti yang menentang kekejaman serangan ini kerana dua-beradik ini mempunyai darah Palestin, iaitu ayah mereka Mohamed Hadid dilahirkan di Palestin sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.
Terbaharu, pelakon Harry Potter Emma Watson juga dilihat menyuarakan solidariti bersama aktivitis pro-Palestin di media sosial sehingga menimbulkan tentangan daripada pegawai Israel dan mendapat pujian daripada pengguna media sosial.
Emma memuat naik semula gambar Bad Activist Collective yang sebelum ini pernah dikongsi pada Mei tahun lalu di instagramnya dengan kapsyen
“Solidarity does not assume that our struggles are the same struggles, or that our pain is the same pain, or that our hope is for the same future. Solidarity involves commitment, and work, as well as the recognition that even if we do not have the same feelings, or the same lives, or the same bodies, we do live on common ground.” —Sara Ahmed
Video keselamatan penerbangan lazimnya dimainkan ketika kru kabin memberikan arahan tentang keselamatan sewaktu melakukan penerbangan. Bagi yang sering menggunakan pengangkutan udara, mungkin korang sudah biasa menonton video keselamatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan.
Namun apa yang menariknya, Malaysia Airlines kini bekerjasama dengan Puan Sri Tiara Jacquelina yang buat pertama kalinya menjadi pengarah skrin bagi video yang baru dilancarkan berjudul Satu Dia Tiga, Jom!
Menerusi video Satu Dua Tiga, Jom! ini, ia bukan sekadar video biasa untuk menyampaikan lapan langkah keselamatan penting di dalam pesawat dengan cara yang mudah diikuti, malah lagu tradisional yang diguna menjadikan video ini unik serta menghiburkan.
Lebih catchy dengan koreografi menarik, video keselamatan penerbangan MAS ini juga menampilkan personaliti tanah air termasuklah ahli astrofizik pertama Malaysia Emeritus Prof Tan Sri Dr Mazlan Othman, juara gimnastik Farah Ann Abdul Hadi, Miss Universe Malaysia 2020 Francisca Luhong James, Diana Danielle, Lisa Surihani, barisan pelakon Ola Bola dan ramai lagi.
Turut menampilkan pramugari Malaysia Airlines Angela Low Kar Yee, Adrian Chung Chin Shan, Beatrice Leslie Belayong, Shazni Shazwani Mohd Azmi, Farah Yasmine Abdul Gafoor dan Wilfred Michael Jalleh.
“Ini bukan video keselamatan dalam penerbangan biasa. Saya mahu mereka dihiburkan dan dimaklumkan pada masa yang sama. Apabila ia menyeronokkan pasti mereka akan menontonnya lagi dan lagi. Lagi bagus kalau mereka menyanyi bersama-sama…dan menghafal arahan keselamatan ketika terbang,” jelas Tiara.
Wah, untunglah penumpang MAS dapat hiburan atas awan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi muda yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Hikayat Benladin, Ben Ladin sekali lagi menjadi perhatian warga internet apabila meluahkan rasa kecewa terhadap ibu...