Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan dengan kes sambutan Hari Halloween tahun ini menjadi satu peristiwa hitam buat rakyat Korea Selatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ratusan Pengunjung Di Korea Terkorban, Ini 8 Fakta Tragedi ‘Halloween’ Itaewon – REMAJA
Mengikut laporan terkini, Pesuruhjaya Polis Kebangsaan Yoon Hee-keun mengakui bahawa kawalan kesesakan ketika sambutan Halloween itu adalah ‘tidak mencukupi’ menerusi satu sidang media khas.
Pihak polis juga mendedahkan menerima beberapa laporan amaran mengenai kemungkinan insiden itu pada malam kejadian, lantas beliau berjanji akan menjalani siasatan untuk ‘menjelaskan kebenaran’.
Selain itu, Ketua Pegawai Keselamatan, Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min memohon maaf dan berjanji untuk mencari tahu mengenai punca insiden itu selain memastikan kes yang sama tidak akan berulang lagi.
” Sebagai pegawai yang menjaga keselamatan orang awam, saya secara ikhlas memohon maaf dek kejadian itu.”
Malah lelaki tersebut mengatakan bahawa kerajaan menggalas tanggungjawab yang kurang bagi melindungi rakyatnya.
Kata Yoon Hee-keun lagi bagi mengenalpasti betapa serius kejadian itu,
Pihak polis akan menjalani siasatan yang intensif dan pantas selain menyelidik kesemua aspek tanpa berkira bagi menjelaskan kebenaran kejadian ini.
Menerusi laporan yang dikeluarkan, pihak polis menerima 11 panggilan seawal 6.30 petang pada hari kejadian di mana pemanggil memaklumkan mengenai situasi berbahaya yang mungkin berlaku di kawasan itu. Kata individu itu, ramai orang mula mengerumuni lorong kecil itu dan keadaan mungkin menjadi bahaya sekiranya ada yang terjatuh dek jalan curam itu.
Takziah buat semua mangsa.
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.