Nahas pesawat Boeing 737 Max 8 melibatkan syarikat penerbangan Lion Air JT 610 menjadi trending di seluruh dunia selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
Pesawat ini tidak pecah di udara sebagaimana tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, kotak hitamnya belum ditemui. Malah di mana kedudukan pesawat malang ini masih menjadi misteri kerana selaman pada kedalaman 30-35 meter ke dasar laut tidak menemukan apa-apa lagi. Malah pihak berkuasa Indonesia juga menafikan gambar yang tular di media sosial kononnya separuh dari badan pesawat sudah ditemui.
Tular di media sosial kononnya separuh badan pesawat sudah ditemui. Sehingga petang ini tiada penemuan bangkai pesawat dilaporkan
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com.
REMAJA senaraikan 14 nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Lion Air sepanjang 10 tahun beroperasi.
3 pesawat Lion Air terdiri dari 737 MAX, MAX, 737 MAX 7 dan 737 MAX8, 737 MAX 9
Mendarat tanpa roda depan Februari 2009 – Pesawat Lion Air JT 972 mendarat secara kecemasan di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam tanpa roda depannya yang bermasalah pada 23 Februari 2009 sekitar jam 18.30 petang. Situasi panik berlaku tapi pesawat berjaya di daratkan dan tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir di landasan Mac 2009 – Pesawat Lion Air jurusan Gorontalo-Makassar-Jakarta tergelincir di landasan terminal 1A Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Cengkareng, Isnin petang 9 Mac 2009. Tiada korban dalam insiden ini.
Tergelincir di landasan November 2010 – Pesawat penerbangan Lion Air penerbangan 712, PK-LIQ Boeing 737-400 laluan Jakarta-Pontianak-Jakarta, tergelincir di Bandara Supadio, Pontianak. Tiada korban jiwa.
Gambar ini diambil pada 10 Oktober 2018 melibatkan pesawat Lion Air Boeing 737-800 di Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri airport di Palu. Gambar oleh ADEK BERRY / AFP)
Tergelincir di landasan Februari 2011 – Lion Air Penerbangan 598, Boeing 737-900ER laluan dari Jakarta-Pekanbaru tergelincir saat mendarat di Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Tiada korban jiwa.
Tergelincir lagi Februari 2011 -Penerbangan Lion Air dari Medan-Pekanbaru-Jakarta dengan nombor penerbangan JT 0295 mengggunakan pesawat Boeing 737-900 ER sekali lagi tergelincir di Pekanbaru pada pukul 17.00 petang. Dikatakan roda pesawat keluar dari lintasan lapangan terbang namun tiada penumpang yang cedera atau alami luka-luka.
Nahas dikatakan bermula sebuah traktor yang keluar secara tiba-tiba dan tanpa sengaja mengarah ke pesawat Lion Air yang lainnya. Pesawat dikatakan mengalami kerosakan pada stabilizer bahagian belakang.
Lagi tergelincir dan sempat berada di hujung Runway 01 Oktober 2011 – Nampaknya kejadian tergelincir bagaikan menghantui Lion Air. Jika kejadian sebelumnya terjadi pada Februari, hujung tahun itu, pada Oktober sekali lagi berlaku kejadian pesawat tergelincir.
Kali ini melibatkan pesawat Lion Air 673 laluan dari Tarakan – Balikpapan dan tergelincir di Bandara Sepinggan Balikpapan. Pesawat ini mendarat mengalami overshoot di hujung Runway 01 (area stopway). Posisi dua roda rosak bahagian belakang.
Mendarat dalam air dan juruterbangnya positif dadahPesawat ini mendarat dalam air di Bali gara-gara pilotnya berhalusinasi bahawa landasan ada di depannya. Rupanya landasan sebenar ada di depan lagi
Juruterbang positif dadah, daratkan pesawat dalam laut dan pesawat patah dua April 2013 – Laluan Bandung – Bali mengalami kecelakaan saat hendak mendarat pada 13 April 2013. Kecelakaan ini disebabkan oleh kelalaian manusia atau human error.
Juruterbang dikatakan berhalusinasi dengan melihat sebuah landasan sehingga dia mendaratkan pesawatnya sedangkan landasan yang sebenara masih ada di depannya.
Pesawat malang ini dikendalikan oleh juruterbang Mahlup Ghazali dan pembantu juruterbang berasal dari India iaitu Chiraq Kalra lalu jatuh ke dalam laut dan menyebabkan badan pesawat patah dua.
Ads
Lebih malang, selepas hasil penyiasatan mendapat pilotnya positif dadah. Semua penumpang seramai 101 selamat termasuk anak kapal.
Tergelincir gara-gara 3 ekor lembu di landasan Ogos 2013 – Pesawat Boeing 737-800 milik Lion Air dengan nombor penerbangan JT892 tergelincir saat mendarat di Bandara Jalaluddin Tantu, Gorontalo pada Selasa, 6 Ogos 2013 malam.
Kejadian ini berpunca dari 3 ekor lembu yang berkeliaran di landasan sehingga pesawat mengalami over run atau keluar landasan. Tiada korban jiwa dan kesemua 110 penumpangnya selamat.
Pesawat terhempas kuat & 2 penumpang alami kecderaan serius Februari 2014 – Lion Air penerbangan 461, Boeing 737-900ER, dari Bandar Udara Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Balikpapan menuju Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya, dengan 222 penumpang dan kru pesawat, mengalami pendaratan keras di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya. Insiden ini mengakibatkan dua penumpang alami kecederaan serius dan tiga penumpang alami luka ringan.
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com
Pesawat dilanggar burung Februari 2015 – Ratusan penumpang tergendala perjalanan di Terminal 1 dan Terminal 3 Banten tanpa ada sebarang penjelasan dan kepastian bila pesawat patut boleh terbang. Kes ini berlarutan tiga hari lamanya.
Sehinggalah Pengarah Umum PT Lion, Edward Sirait membuat penjelasan ada tiga pesawat yang tidak boleh terbang selepas terlanggar burung dan mengakibatkan kerosakan pada pesawat. Hal ini cuma dapat dikesan selepas pemeriksaan rapi dilakukan dipercayai ketika juruterbang mendarat di Semarang.
Ads
Pesawat alami ledakan, 3 penumpang luka April 2015 – Pesawat Lion Air JT303 laluan Kualanamu-Jakarta mengalami insiden di Bandara Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat 24 April 2015. Dikatakan pesawat mengalami ledakan di bahagian belakang pesawat ketika mahu berlepas menuju ke Jakarta. Seramai 207 penumpang dan 7 anak kapal selamat kecuali 3 penumpang cedera dan alami luka sebelum dibawa ke hospital.
Insiden sayap pecah Ogos 2017 – Insiden melibatkan pesawat Lion Air berterusan apabila berlaku kejadian sayap pecah di Bandara Internasional Kualanamu, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, Khamis 3 Ogos 2017.
Kejadian ini berlaku pagi apabila pesawat Lion Air berusaha bergerak ke kanan namun kerana sayap pesawat agak dekat dan terbatas di runway, maka berlaku kejadian pelanggaran sayap pesawat dengan Wings Air. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir lagi April 2018– Lion Air penerbangan 892, Boeing 737-800, laluan penerbangan Makassar ke Gorontalo tergelincir saat mendarat di Bandar Udara Jalaluddin, Gorontalo. Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini.
24 mayat termasuk bayi sudah ditemui dan dibawa naik sebelum dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi pengecaman jenazah yang kebanyakannya hancur
Nahas terburuk jatuh terhempas 29 Oktober 2018 – Nampaknya semalam merupakan insiden terburuk melibatkan syarikat Lion Air apabila 187 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas udara ini.
Dalam sejarah penerbangan Indonesia, Garuda Air pernah terhempas pada tahun 1997 di Sumatera Utara pada 1997 mengorbankan 234 orang.
Begitu juga pesawat Mandala Airlines yang baru seminit berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, Sumatera Utara pada 6 September 2005 dan terhempas di sebuah kawasan perumahan mengorbankan 149 orang, termasuk seorang penumpang rakyat Malaysia iaitu Ti Teow Chuan yang berasal dari Sabah.
Sumber : Tribun News
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Dr Soo Wincci sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila dia berjaya menamatkan pengajiaan untuk Post Master Fellowship Degree in Live Music Production di Berklee Valencia, Sepanyol.
Dalam pada itu, dia yang juga merupakan bekas Miss World Malaysia turut berkongsi perjalanan 15 tahunnya untuk mencapai apa yang dikecapinya kini.
“15 tahun perjalanan, tapi ni hanya satu permulaan. Wincci tidak dilahirkan cerdik atau memiliki nasib yang baik jadi perlulah sentiasa belajar,” tulisnya.
Antara pencapaian lain beliau adalah Ijazah Undang-Undang Dari University of Reading, United Kingdom, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari University of Sunshine Coast, Australia, Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Open Universiti Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang muzik di Berklee Valencia, Sepanyol.
Selain itu, dia juga turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Books Of Record (MBR) iaitu Most Number of Academic Degree Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artis.
Siapa sangka, Malaysia disebut-sebut dalam rancangan temubual lewat malam popular The Late Show with Stephen Colbert pada minggu ini.
Ia berikutan hantaran di media sosial yang tular pada hari Ahad lalu melibatkan sekumpulan penunggang kuda yang membuat pesanan di kawasan pandu lalu McDonald’s cawangan Cyberjaya.
Walaupun tujuan foto-foto ini dimuat naik ke Facebook 3S Equestrian Cyberjaya adalah sekadar jenaka, namun niat tersebut telah memakan diri kumpulan tersebut apabila ramai menuduh mereka sebagai penagih publisiti daripada masyarakat di Malaysia.
Mereka turut dikritik sebagai golongan yang tidak cakna dengan kebersihan jalan raya dek najis kuda yang bertaburan di sekitar kawasan awam itu.
Jelas kumpulan yang dikenali sebagai 3S Equestrian Cyberjaya itu kepada portal Juice, ahli-ahli pasukan itu bersedia untuk membersihkan najis kuda di sana dan tidak menyusahkan pekerja McDonald’s tersebut. Mereka berkata ada staf yang sedang mengekori dari belakang untuk menyelesaikan isu najis bertaburan setelah mereka beredar dari kawasan pandu lalu.
Isunya tidak terhenti setakat situ saja apabila mereka turut sama dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) asas dengan tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai. Sebagai respon balas, kumpulan penunggang itu berkata mereka tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sewaktu menunggang memandangkan sukan berkuda adalah sukan memenatkan dan pemakaian pelitup muka boleh mengganggu pernafasan. Mereka juga mendakwa kesemuanya tetap menjaga jarak 1 meter dengan gadis di kaunter pandu lalu.
Selain itu, banyak lagi komen-komen lain di media sosial yang menambah arang kepada bara seperti ketidaksesuaian jalan tar untuk kaki kuda dan soal keselamatan haiwan itu sendiri apabila berada di jalan raya terutamanya bila berdepan dengan lampu kenderaan mahupun bunyi hon secara tiba-tiba. Bukan itu saja (fuh banyak betul complain mereka).. warganet juga mempertikaikan jarak dekat antara haiwan dan restoran dari sudut kebersihan. Tidak hygienic katanya..
*
Berbalik kepada intipati program The Late Show with Stephen Colbert yang bersiaran pada hari Ahad lalu, beliau menyentuh mengenai ‘stun’ tersebut dalam segmen ‘berita terbaru’-nya.
Sekumpulan manusia menunggang kuda di lorong pandu lalu McDonald’s. Oh yeah, saya akan mengambil hidangan nombor empat dengan air Coca Cola bersaiz kecil dan.. 15,000 kepingan epal. Mereka menunggang di Cyberjaya, sebuah bandar di Malaysia Barat yang dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ versi Malaysia.
Hmm.. apa pendapat korang?
Adakah aksi kumpulan berkuda ini lucu dan menarik untuk ditonton. Atau mereka kelihatan seperti satu lagi ‘kumpulan kayangan’ yang tidak akan dikenakan tindakan biarpun melanggar beberapa etika penting semasa berada di luar bersama kuda masing-masing.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing. Lagipun pihak McDonald’s pun tidak mengambil serius isu tersebut dan telah memuat naik ciapan semula di akaun mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Untuk pengetahuan korang, waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima iaitu:
Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal
Semoga Ramadan kali ini memberi lebih makna kepada seluruh umat Islam dan segala ibadah kita diterima olehNya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkhabaran yang menggemparkan dua pertandingan ratu cantik terbesar dunia, Miss Universe dan Miss World baru-baru ini melibatkan jelitawan dari Thailand, Opal Suchata Chuangsri nyata...