Tragik & Tidak Sepatutnya Berlaku! Remaja 15 Tahun Maut Ditimpa Kerusi Yang Dibaling Dari Atas Flat

Share

Tragic and sickening!

Itulah perkataan pertama yang singgah di benak hati dan minda Remaja apabila membaca berita tentang kematian seorang remaja berusia 15 tahun akibat terkena kerusi yang di baling dari tingkat atas di salah sebuah blok flat Projek Perumahan Rakyat, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Perkara begini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa seorang remaja yang tidak berdosa. S.Sathiwaran, pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan La salle, Petaling Jaya telah diragut masa depannya dan kita tidak boleh bayangkan betapa kehilangannya dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.

Lebih menyayat hati kejadian tragik ini berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mereka selesai membeli barang-barang keperluan dapur. Menurut laporan, ketika menuju masuk ke blok rumah mereka iaitu Blok 102 Projek Perumahan Rakyat Seri Pantai pada kira-kira jam 8:30 malam tidak semena-mena sebuah kerusi berwarna telah menimpa S.Sathiwaran.

Kerusi maut berkenaan dipercayai dibaling dari tingkat atas blok tersebut. Akibat impak tersebut dia mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

This is absolutely heart breaking!

Kami di Remaja tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ibunya yang berasa di sisi ketika kejadian. Di manakah akal yang waras telah hilang hinggakan ada yang tergamak membaling kerusi ke bawah dari tingkat atas? Whyyyyy?!

Inilah pentingnya kesedaran sejak dari kecil untuk tidak mebuang sampah merata-rata. Percayalah perangai buruk begini bermula dari membuang sekecil-kecil sampah seperti pembalut gula-gula.

Malah, ini bukannya kali pertama kita mendengar kes membuang objek berat dari tingkat atas di pangsapuri. Malah menurut netizen, sebelum ini pernah terjadi kes membuang mesin basuh dan malahan kulit durian!

Hukuman yang berat haruslah dikenakan kepada pelaku yang tidak mempunyai kesedaran sivik begini. Kita tidak mahu kejadian kehilangan nyawa seperti ini berulang lagi.

Sebagai remaja kamu boleh memainkan peranan yang sangat penting. Sebagai generasi pewaris, kamu mampu mengubah komuniti setempat untuk lebih bersih dan bertanggungjawab. Ia bermula dengan diri sendiri kemudian keluarga seterusnya di peringkat komuniti setempat. Kita harus berubah dan kita kena berubah!

Dan jika kamu melihat perkara ini berlaku di depan mata jangan dipandang sebelah mata. Segera laporkan kepada pihak berkuasa agar orang tidak bertanggungjawab begini dihukum pihak berkuasa! Dan gunakan kuasa telefon pintar di tangan kamu untuk merakam perbuatan jijik ini.

Jadilah seorang remaja yang ada rasa tanggungjawab demi memastikan kelestarian hidup kita rakyat Malaysia.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim