Gambar Hiasan : Photo by Alex Green from Pexels

Isu serangan seksual nampaknya masih belum mencapai tahap kesedaran yang diperlukan dalam kalangan masyarakat. Ibarat kelapa, isu ini kerap tengggelam timbul.

Kadangkala ia tular di media sosial seperti yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun di India yang telah mengemparkan dunia.

Tragis, Remaja Dirogol 400 Lelaki Setelah Tak Sanggup Didera Suami Dan Ipar
Gambar Hiasan : Photo by Alex Green from Pexels

Mendapat liputan utama di kebanyakan dada media diseluruh dunia apabila dia dilaporkan telah dikahwinkan oleh bapanya pada usia muda dan mendakwa telah dirogol 400 lelaki sejak enam bulan lalu.

Lebih menduka citakan, remaja malang ini telah mengadu dan meminta tolong ayahnya dan melaporkan  kepada polis yang dia didera oleh suami dan ipar. Namun, tidak diendahkan malah dihalau pergi.

Ads

Saya didera oleh ramai orang. Saya pergi ke balai polis Ambajogai beberapa kali untuk membuat aduan, namun, pihak polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap pelaku.

Sebaliknya, saya yang diserang oleh pihak polis.

Menerusi laporan Utusan, mangsa kini sedang mengandung dua bulan. Sebelum ini mangsa sudah cuba memfailkan aduan kepada anggota polis, tapi masih lagi menjadi mangsa eksploitasi secara seksual.

Kes aduan dari remaja itu didaftarkan bawah Akta Larangan Perkahwinan Kanak-Kanak, Akta Perlindungan Kanak-Kanak dari Serangan Seksual dan kesalahan rogol di bawah Undang-Undang Jenayah India. Seramai tiga orang telah ditahan kerana berkait dengan kes ini.

Ads

Untuk info, ayah mangsa telah mengahwinkannya enam bulan lepas, selepas kehilangan ibunya. Namun, perkahwinan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan dan dia didera oleh suami dan iparnya.

Tidak tahan didera, mangsa kemudian melarikan diri dan berjumpa dengan bapanya, namun dia tidak diterima oleh ayahnya dan terpaksa mengemis di stesen bas di Ambajogai di daerah Beed.

Ads

Di stesen bas itulah dia mula dieksploitasi secara seksual dan mendakwa telah dirogol oleh 400 lelaki.

Malang sungguh nasib remaja ini, siapa sangka di zaman serba moden ini masih ada manusia tidak bermodal dan berperikemanusiaan. Moga remaja ini kuat menerima dugaan ini.

Sumber :  Utusan

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI