Trailer Terbaharu Spider-Man: No Way Home Dilancarkan, Kebangkitan Penjahat Multiverse Jadi Bualan

Share

Sony Pictures dan Marvel akhirnya melancarkan trailer rasmi Spider-Man: No Way Home, filem yang dinantikan peminat seluruh dunia pada akhir tahun ini.

Trailer Spider-Man: No Way Home dimulakan dengan menampilkan wajah bintang utama, Tom Holland yang kelihatan murung.

Peter Parker yang berubah menjadi Spider-Man beraksis sebagai superhero menyelamatkan bandar dari penjahat yang datang bersilih ganti.

Apa yang menariknya dalam filem No Way Home ini, Spider-Man turut disertai Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange yang dijangkakan akan bergandingan menentang Electro dan Doctor Octopus serta penjahat francais Spider-Man terdahulu yang disahkan kembali dalam filem kali ini.

Sayangnya dalam trailer tersebut tidak menampilkan dua watak superhero yang sangat ditunggu-tunggu muncul di filem tersebut, iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield. Ramai yang berharap agar keduanya membuat kemunculan dalam filem Spider-Man: No Way Home itu nanti.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan Spider-Man: No Way Home yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember nanti.

IKLAN