
Dalam suasana ekonomi kini dikaitkan dengan tekanan kewangan dan keresahan emosi, ramai individu kini berada dalam dilema mencari hala tuju baharu dalam hidup mereka.
Lebih-lebih lagi apabila kos sara hidup semakin meningkat dan beban kewangan mula dirasai selepas musim perayaan.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks Academy Sdn. Bhd., Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, masih ramai yang beranggapan bahawa perubahan hidup memerlukan masa yang sesuai.
Namun hakikatnya, masa tersebut tidak akan hadir dengan sendiri, melainkan seseorang itu menciptanya melalui tindakan dan keputusan yang tegas.
“Kami menerima banyak mesej dan luahan daripada masyarakat, termasuk golongan usahawan serta pekerja profesional yang kini sedang berhadapan dengan cabaran kewangan, tekanan mental dan rasa tidak bermaya dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ramai yang berasa letih mencuba namun tetap gagal, bukan kerana mereka tidak berusaha, tetapi disebabkan halatuju dan cara berfikir yang belum tepat.
Justeru, pendekatan perlu diubah daripada luar dan dalam agar usaha yang dilakukan mampu membuahkan hasil.
Pendekatan Lebih Holistik
Bagi menjawab keperluan ini, program Transformasi360 diperkenalkan sebagai kesinambungan dan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Nak Ubah Hidup yang telah terbukti memberi impak positif kepada ribuan peserta sebelum ini.
Program berkenaan bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Mei 2025, dan memberi tumpuan kepada pembentukan keyakinan dalaman, pengurusan emosi, serta penstrukturan semula pemikiran dan kepercayaan yang selama ini menghalang individu daripada berkembang.
Menurut Azizan, program ini turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu peserta mengenal pasti potensi sebenar dalam diri mereka.
“Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan unik tersendiri, namun tidak pernah diberi peluang atau panduan untuk menerokanya,” katanya lagi.
Bukan Sekadar Motivasi
Apa yang membezakan Transformasi360 adalah pendekatannya yang praktikal dan menyeluruh, merangkumi aspek mental, emosi dan spiritual.
Peserta bukan sahaja akan dibimbing untuk membina daya tahan dalam menghadapi cabaran hidup, tetapi juga akan dibekalkan dengan pelan tindakan jelas untuk masa depan.
“Sikap dan disiplin yang betul akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Kejayaan bukan sekadar impian, tetapi sesuatu yang boleh dicapai dengan kejelasan, konsisten dan tindakan yang betul,” ujar beliau.
Terbuka Kepada Semua
Transformasi360 terbuka kepada semua golongan sama ada usahawan yang sedang mencari hala tuju perniagaan, pekerja profesional yang ingin keluar daripada tekanan hidup, atau individu yang sedang bergelut dengan kekangan kewangan dan emosi.
Azizan menegaskan, jangan tunggu sehingga hidup memaksa seseorang berubah. Sebaliknya, bertindaklah sebelum keadaan menjadi lebih sukar.
“Masa depan tidak ditentukan oleh semalam, tetapi oleh keputusan yang kita ambil hari ini. Transformasi360 adalah pintu untuk mencipta perubahan yang sebenar dan berkesan,” katanya.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi www.transformasi360.com
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.