“Transparency Dalam Rumah Tangga Itu Harus Ada” -‘Rahsia’ Mawar Rashid Bahagia Disamping Raf Yaakob

Share

Setiap yang bernikah impikan masjid yang dibina bersama pasangan tercinta kekal berpanjangan hingga ke Jannah Allah…

Sama juga seperti pasangan merpati dua sejoli ini. Mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017, kini sudah hampir enam tahun pasangan selebriti ini bina mahligai bersama.

Tentunya pelbagai asam garam yang telah ditelan dan dilalui Mawar Rashid dan Raf Yaakob selama mereka bersama sehingga dikurniakan tiga cahaya mata tersayang.

BACA LAGI: Raf Yaakob Setia Di Sisi Tenangkan Mawar Rashid Yang Diserang ‘Anxiety’ Sewaktu Di Atas Pentas

Kongsinya kepada Remaja, antara ‘rahsia’ mereka sentiasa terlihat bahagia dan kekal berpanjang dek kerana kesetiaan dan kepercayaan yang utuh antara satu sama lain.

Bagaimanapun, usahawan dan pelakon drama Villa Kristal itu hanya mampu berserah dan memanjatkan doa yang baik-baik kepada yang Maha Esa agar rumah tangga mereka dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.

“Setia ini bukan sahaja dalam berumah tangga sahaja, tetapi bila kita bekerja dan setia dengan kerja, adik beradik mahupun kekeluargaan. Setia bersama dengan, walau apa yang terjadi sentiasa fikir dimanakah anda bermula.

“Maksud setia ini sangat dalam. Kita perlu terapkan nilai murni tersebut. Untuk rumah tangga saya, kita manusia dan apa yang saya hanya mampu doa yang terbaik untuk masa hadapan. Saya pun tidak mahu berkata lebih mengenai perkara ini kerana kita pun tidak tahu pada masa akan datang,” katanya ketika ditemu bual Remaja.

Dalam pada itu, Mawar turut mendedahkan suami tercintanya bersikap terbuka dan transparent, sepanjang enam tahun dalam bahtera perkahwinan.

“Bagaimanapun, saya berasa sangat gembira sepanjang berkahwin dengan Raf sepanjang enam tahun berumah tangga.

“Alhamdulillah juga, tiada ‘benda-benda’ pelik. Raf sangat transparent, jika ada mesej yang pelik-pelik dia akan menunjuk kepada saya dahulu dan sekat. Transparency dalam rumah tangga itu harus ada,” tuturnya lagi.

@remaja.my Siapa kata koleksi PUMA Raya Memori Aidilfitri ada satu warna je? Pilih sahaja antara warna klasik hitam, putih, earth tone ataupun biru menyala. Senang nak suai padan gaya korang untuk Syawal tahun ini bersama sneakers PUMA Roma Classic Gum yang selesa and versatil ini. #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja

Rindu sangat nak berlakon, tapi…

Bagi perkembangan karier lakonannya pula, pasti para peminatnya merindui wajah cantik jelita ini muncul di layar skrin televisyen.

Bagaimanapun, Mawar memaklumkan dia kini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan atas tuntutan kerjayanya sebagai usahawan selain mengutamakan anak-anak yang masih kecil.

“Untuk sekarang dari segi karier lakonan, saya kena ‘puasa’ dahulu kerana anak-anak pun masih kecil selain saya ada tanggungjawab yang besar di Mawarose

.

“Tidak dinafikan, saya sangat rindu nak berlakon kerana itu passion saya kerana sejak kecil lagi saya idamkan untuk menjadi seorang pelakon dan usahawan. Namun, masa tidak mengizinkan sekarang.

“Insya-Allah, jika saya sudah betul-betul sihat dari segi mental atau sebagainya. Kalau yang rindu itu, nantikan…” katanya panjang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mawar Rashid

Published by
Fath