Trauma Jadinya! Skrin Gergasi Timpa Penari Grup MIRROR Di Hadapan Ribuan Penonton

Share

 

Ternyata, malang tidak berbau. 

Konsert boy band dari Hong Kong, MIRROR bertukar tragedi setelah para penarinya cedera akibat dihempap dengan skrin LED gergasi dari siling Hong Kong Coliseum.

Kejadian yang berlaku pada malam Khamis itu serta-merta mengakibatkan siri konsert yang dikendalikan oleh syarikat bernama MakerVille ini dibatalkan.

Buat masa ini, wakil daripada MakerVlle belum memberikan respon apabila dihubungi oleh media tempatan.

Menurut rakaman video insiden yang kini telah tular di media sosial, skrin LED itu sedang dalam proses untuk diangkat ke atas sebelum salah satu tali skrin terputus lalu jatuh menimpa dua orang penari yang berada di bahagian bawah skrin.

Sumber Foto : AP
Sumber Foto : AP

Jelas kedengaran jeritan ribuan penonton di venue terbabit manakala semua individu yang berada di atas pentas pula bergegas untuk membantu dua orang penarii terbabit.

Salah seorang dilaporkan tidak sedarkan diri pada waktu itu manakala seorang lagi sedang menahan sakit. Menurut media tempatan, ambulans tiba di lokasi kejadian sekitar 10 minit selepas insiden dan mangsa terus dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital. Salah seorang berada dalam keadaan serius; dipercayai akibat kecederaan di bahagian saraf tunjang manakala seorang dalam keadaan stabil.

Difahamkan juga, tiga orang penonton telah mendapat rawatan akibat rasa trauma setelah menyaksikan insiden di hadapan mata.

Amaran paparan grafik insiden terbabit di bawah : 

Sebaik kejadian ini tular, pihak berkuasa di Hong Kong telah mengarahkan agar satu siasatan dilakukan dengan segera. Manakala Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee mengekspresikan rasa simpati terhadap mangsa.

Laporan insiden juga bertukar menjadi topik paling hangat diperkatakan di China terutamanya di platform Weibo (Twitter versi China).

Bagi yang tidak begitu mengenali MIRROR, mereka diformasikan dengan 12 orang ahli dan diuruskan oleh syarikat milik jutawan Hong Kong, Richard Li.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ