Trauma atau fobia! Sesetengah orang apabila membicarakan apakah trauma dan fobia mereka, pasti serta merta akan terbayang peristiwa yang mengakibatkan “rasa fobia” itu. Biasanya hampir lemas, kemalangan, dilanggar, rumah dipecah masuk, terlibat dalam insiden cemas dan lain-lain peristiwa boleh membawa kepada masalah fobia.
Baca perkongsian dari Public Healty Malaysia ini bagaimana mengatasi rasa fobia ini.
Apakah fobia anda?
Fobia adalah tindak balas ketakutan yang berlebihan dan tidak rasional. Jika anda mempunyai fobia, anda mungkin mengalami rasa takut atau panik ketika berhadapan dengan fobia anda.
Fobia boleh berpunca dari tempat, situasi, atau objek tertentu.
Individu yang mengalami fobia sering menyedari ketakutan mereka adalah tidak rasional, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya!
Kadang kala, fobia boleh menggangu tugasan seharian dan menjejaskan individu tersebut. Sebagai contoh fobia kepada darah, suasana hospital dan jarum boleh menyebabkan seseorang individu enggan mendapatkan rawatan di hospital.
Apakah Punca Anda Mengalami Fobia?
Faktor genetik dan persekitaran boleh menyebabkan fobia. Insiden tragik yang memberi impak hebat seperti hampir lemas boleh mendatangkan fobia kepada air, sungai dan kolam renang.
Pengalaman berhadapan dengan sesuatu dalam keadaan yang mengejutkan seperti lipas berterbangan, terjumpa katak yang tersembunyi di celah celah batu juga boleh menyebabkan fobia.
Selain itu, masalah perubatan seperti mengalami penyakit kronik, kecederaan otak dan kemalangan juga boleh menjadi punca fobia. Individu yang mengalami masalah kemurungan dan Penyalahgunaan dadah juga boleh di hubungkan dengan fobia.
Bagiamana nak atasinya @ pencegahan?
Terdapat beberapa cara bagi mengelak serta mencegah fobia yang melampau iaitu seperti:
- Elakkan pemakanan yang menyebabkan gemuruh seperti kafien, kopi, coke dan lain-lain.
- Mengamalkan cara pemikiran yang positif.
- Sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang mungkin akan mewujudkan rasa cemas.
- Teknik pernafasan yang teratur iaitu tarik nafas dalam-dalam, tahan, kawal nafas dan fokuskan fikiran pada proses menarik dan mengeluarkan nafas.
- Ketawa dan bersukan. laughter is he best medicine!
- Tidur yang cukup. Sekiranya kerap letih cuba tidur untuk dapatkan rehat.
- Usir kebimbangan yang berlebihan,
- Tuliskan dan coretkan rasa ketakutan di atas kertas. Cara ini dapat mengurangkan rasa emosi ketakutan yang berlebihan dan rasa sesak di dada.
- Sentiasa berdoa agar dijauhkan dari rasa gementar dan ketakutan yang boleh memudaratkan diri sendiri.
- Kongsikan apa fobia anda kepada rakan dan keluarga agar mereka dapat memahami dan membantu anda!
Sumber: Public Health Malaysia