Siapa yang kaki travel dan suka makan memang akan excited dengan cerita yang kami nak sampaikan ni. Terutamanya untuk korang yang suka backpackers style, tahu tak kemudahan tren shuttle Padang Besar- Hatyai bakal beroperasi tak lama lagi?

Tren Shuttle Padang Besar-Hatyai Kembali Beroperasi Bermula Minggu Ini. Dah Sedia?

Sebelum ini ‘syurga makanan’ ini dikatakan lenggang oleh seorang rakyat Malaysia yang berada di Thailand akibat situasi pandemik Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN : Hampir 10 Bulan Sempadan Ditutup, Suasana Bandar Hatyai Terkini Sunyi Sepi

Mengikut laporan Tren dari Padang Besar-Hatyai kembali beroperasi bermula dari 15 Julai 2022 ini! Kalau korang mahukan satu perjalanan yang lebih selesa disarankan membeli tiket ETS ‘Business Class’.

Fasiliti yang disediakan cukup lengkap, antaranya:

1. Akses ‘Ruby Lounge’ yang selesa

2. Paparan hiburan ‘ touch screen’

3. USB dan soket elektrik

Ads

4. Wifi percuma

5. Kit ameniti

6. Cafe

7. Surau

8. Tandas

Ads
Tren Shuttle Padang Besar-Hatyai Kembali Beroperasi Bermula Minggu Ini. Dah Sedia?
Foto Via Says
Tren Shuttle Padang Besar-Hatyai Kembali Beroperasi Bermula Minggu Ini. Dah Sedia?
Foto Via Says

*Nota penting: Korang tetap perlu turun di stesen Padang Besar dan terus ke Imigresen Thailand untuk pemeriksaan imigresen. Setelah selesai, baru boleh teruskan perjalanan sama ada mengambil bas, tren shuttle, minivan atau teksi ke Hatyai.

Panduan setelah tiba di Hatyai

Keretapi – kalau korang travel berdua atau backpackers style, bolehlah cuba naik ni dari stesyen padang besar. Ada 2x sehari, pagi jam 10am dan petang jam 4pm. Seat terhad, kalau korang lambat mmg akan penuh dan xdapat dduk la selama 45minit ke hatyai. Harga tiket sangatlah murah RM7/orang.

Mini van – untuk yang travel dalam jumlah yang besar, boleh dapatkan khidmat van ni dari stesyen ets padang besar. Harga RM20/orang. Biasanya satu van ada 10 seat nanti dorang akan tunggu 10seat penuh baru van jalan dan akan hantar korang sampai ke hotel Hatyai.

BACA LAGI: Untunglah Orang Utara Boleh Pergi Hatyai Balik Hari Dengan Modal RM35 Je

Ads

So dah sampai Hatyai ni pandai-pandai ler kan… nak pergi Krabi ke Phuket ke Koh Lipe ke Bangkok ke.. suka hati mung lah..

Lepas ni kalau terasa nak makan makanan Thai, tak perlu lagi nak tunggu food festival kan. Betul tak?hehe

Korang boleh membuat tempahan tiket di link yang berikut: https://online.ktmb.com.my

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI