Tren ‘Tiada Kening’ Diramal Jadi Ikutan Pada 2023, 8 Selebriti Buktikan Tak Adalah Pelik Mana!

Share

Dari aplikasi TikTok hingga kini ke acara karpet merah, tren bleached eyebrows atau kening yang dipudarkan warnanya semakin digemari selebriti Barat.

Tren bleached eyebrows mula dicuba oleh gadis-gadis berani menerusi aplikasi TikTok ini mula mendapat tempat selepas mereka melihat selebriti Barat mencubanya dan jujurnya – ia tidak kelihatan sepelik yang disangka!

Bukan sahaja kening seperti ini memberi suatu kelainan pada raut wajah seseorang, malah ia juga memberi tanggapan bahawa gadis dengan bleached eyebrows

ini amatlah cool, tidak takut untuk bergerak di luar kotak dan all in all, seseorang yang ingin kita rapati sebagai kawan.

Haipp!

Hakikatnya, tren bleached eyebrows sudahpun wujud sejak zaman 90-an lagi apabila selebriti seperti Madonna dan Jared Leto pada waktu itu tampil dengan warna kening yang lebih pudar berbanding warna rambut mereka.

Jika foto 8 orang selebriti di bawah ini membuatkan korang teruja untuk mencuba gaya bleached eyebrows, REMAJA mengesyorkan agar korang pergi ke salun dan membiarkan yang profesional melakukannya untuk korang. Khuatir jika dicuba sendiri di rumah, cecair bleach termasuk ke dalam mata!

 

Bella Hadid

Julia Fox

Kendall Jenner

Lady Gaga

Maisie Williams

Noah Cyrus

Vanessa Hudgens

Willow Smith

Belum Cukup Berani? Cuba Cara Ini

REMAJA faham, bleached eyebrows bukanlah tren yang sesuai untuk semua bentuk muka.

Jika tidak begitu yakin untuk ke salun dan mencubanya, apa kata korang cuba dahulu teknik solekan yang boleh memudarkan warna kening buat sementara waktu. Tak suka, basuh sahaja!

Pertama sekali, ratakan kening dengan clear brow gel seperti Benefit Cosmetics 24-HR Brow Setter Clear Brow Gel with Lamination Effect dari Sephora.

Kemudian, dengan menggunakan berus ‘spoolie’ kecil, ratakan concealer pada kening sehinggalah korang mendapat efek warna bleach yang diinginkan. Antara concealer

yang REMAJA sarakan adalah daripada jenis full coverage seperti Tarte Shape Tape Concealer atau e.l.f 16HR Camo Concealer.

Dan voila!

BACA LAGI: Solekan Mata Sembab Seakan Lepas Menangis Kini Popular Di TikTok, Ini Caranya! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ