Waktu berjalan sangat cepat, sedar tidak sedar… tinggal lagi lebih kurang dua minggu untuk mengatur segala persiapan untuk hari lebaran! Walaupun larangan rentas negeri masih kekal dan kita tidak dapat balik beraya di kampung halaman tapi raya tetap raya.
Sepasang dua baju raya wajib la ada kan. Jadi berapa ramai di sini yang sudah mempersiapkan keperluan Hari Raya? Untuk memberi idea kepada kamu agar mampu berfesyen seiring trend namun, masih lagi mampu mengekalkan cita rasa yang sesuai dengan identiti diri, ini beberapa busana Aidilfitri dari pereka dan jenama tempatan yang memiliki rekaan paling hit pilihan REMAJA.
#1 Elemen klasik
View this post on Instagram
Klisenya rekaan baju raya musim ini apabila ramai pereka mengekalkan elemen klasik sebagai pilihan fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan untuk mewujudkan suasana Aidilfitri musim bunga dengan masih lagi mengekalkan klasik tetapi dengan penggunaan material klasik yang lebih kontemporari seperti batik -yang kemudian diterap dengan potongan busana moden untuk cipta gaya timeless!
#2 Kebarung/ Kebaya
View this post on Instagram
Jika dilihat-lihat semula, kebarung atau kebaya labuh yang berpotongan longgar ini sebenarnya lebih artistik daripada kebaya pendek. Ini kerana, material yang digunakan lebih berjela membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berterbangan memancarkan aura keayuan si pemakainya. So sensational!
#2 Corak Kotak-Kotak
View this post on Instagram
Terinspirasi dari corak kegemaran negara Britain yang lazimnya boleh dilihat pada pakaian kebangsaan jenis klit (skirt) yang dipakai oleh para pria Gaelic, asal Scotland, rata-rata rekaan busana Aidilfitri 2021 banyak yang memanfaatkan corak kotak-kotak versatile. Nampak manis dan comel, bagi kamu yang sukakan gaya funky dan eksentrik, boleh cuba gayakan kurung dan padanan kebaya yang menggunakan fabrikasi checkered sebegini.
#3 Kemunculan Semula Kurung Pahang
Nampaknya, ramai pereka fesyen kita tahun ini yang ligat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurungn pahang. Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan kainnya terus kembang sehingga ke hujung. Sesuai sangatlah untuk yang berbadan langsing dan curvy tu!
#4 Baju Kurung Puff Sleeve
View this post on Instagram
Mencari kelainan dengan perincian ropol-ropol? Nah, ini persalinan rekaan Mek Kembang Cotton bersempena Aidilfitri 2021.
Dihiasi corak cetakan floral kecil, penampilan si pemakai pasti tampak manis – dihiasi pula dengan lipatan lebihan fabrik membentuk ropol bertingkat pada bahagian dada ke bahu serta kainnya. Renda pada bahagian lengan pula seolah menwujudkan dimensi baru dalam pemakaian kurung moden tersebut.
#5 Baju Kurung Polos
View this post on Instagram
Penulis jatuh hati betul dengan rekaan yang polos begini. Minimalis dan comel sangat bila ada pula perincian butang disusun di beberapa bahagian pakaian dan kain. Simple tak semestinya tak cantik kan?
#6 Baju Kurung Kedah
View this post on Instagram
Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. Baju kurung kedah ni menang sentiasa ‘in’ dan evergreen.
Happy shopping! ❤