Hobi & Minat

Trend ‘Bela’ Batu Di Kalangan Anak Muda Di Korea Selatan, Elak Kesunyian!

Share

Kedengaran sangat pelik, namun perkara ini benar. Di Korea Selatan, satu fenomena budaya yang unik telah muncul dalam kalangan generasi muda. 

ARTIKEL BERKAITAN : Jepun Lantik Menteri Kesunyian Bagi Mengatasi Masalah ‘Hikomori’

Trend ini bukanlah tentang memelihara haiwan atau tanaman, tetapi tentang memelihara batu. Ya, batu. Mungkin terdengar aneh, tetapi ramai anak muda di Korea Selatan telah mendapati ketenangan dan kepuasan dalam mengumpul dan menjaga batu sebagai hobi.

Foto: Weverse Jeonghan SEVENTEEN

Seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post, separuh daripada penduduk Korea Selatan tinggal bersendirian dan menghabiskan masa dengan bekerja sepanjang hari.

Kesepian telah mendorong anak muda untuk mencari ‘kawan’ dalam bentuk yang berbeza. Namun, berbeza dengan memelihara haiwan seperti anjing dan kucing yang memerlukan banyak perhatian daripada pemilik, sesetengah daripada mereka memilih untuk menyimpan batu.

Batu peliharaan ini bukan sekadar disimpan atau digunakan sebagai hiasan, tetapi diberi nama, diajak berbicara, malah dipakaikan pakaian seperti makhluk hidup. Beberapa pemilik batu bahkan meletakkan batu tersebut di atas katil untuk tidur bersama mereka.

Dalam satu video yang viral di TikTok, batu tersebut boleh dilihat dibalut dengan tuala, dilapisi dengan foundation, disapu dengan solek kening, atau dipasang mata dan bibir palsu.

Doljjong ialah batu peliharaan Jeonghan SEVENTEEN. Dia rajin mencucinya untuk menyediakan rumah yang selesa untuk batu itu

Trend ini bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat umum tetapi juga di kalangan selebriti termasuk ahli kumpulan idola seperti Seventeen dan Enhypen. Ahli Seventeen, Jeonghan adalah salah seorang yang menyertai trend ini, dan menamakan batu kesayangannya ‘Doljjong’.

Menurut laporan Korea JoongAng Daily pada Julai 2023, pandemik virus corona juga telah mendorong kepopularan batu peliharaan ini. Malah, beberapa idola K-Pop juga secara terbuka mengakui bahawa mereka turut mengikuti tren tersebut.

Adui, macam-macam la dorang ni, dah kenapa bela batu. hiks

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana