Musim perayaan Aidilfitri tentunya ada waktu terbaik untuk kita semua pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari kemenangan umat Islam tersebut.
Taktkala majoriti daripada kita baru sahaja tamat menempuh trafik sesah dari luar bandar menuju ke ibu kota pada hujung minggu lepas, tidak kurang juga ada yang memilih untuk ‘terbang’ ke luar negara sempena cuti panjang ini.
Jom lihat destinasi pilihan oleh tujuh selebriti tempatan ini!
*Jealousy alert, be warned*
Hairul Azreen & Hanis Zalikha sekeluarga di Maldives
Pasangan bahagia ini memang tidak kekok meraikan bulan Syawal di luar negara. Seperti kebiasaan, pulau peranginan Maldives menjadi pilihan Hairul dan Hanis selepas meraikan 1 Syawal di ibu kota. Kali ini, mereka bersama-sama si comel Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah, 4 ke sana bagi menikmati perairan biru serta makanan laut segar pada waktu malam. Menariknya, Hairul seakan memberi petunjuk bahawa Hanis kini sedang berbadan dua. Sekiranya benar, tahniah REMAJA ucapkan!
ARTIKEL BERKAITAN: Hanis Zalikha & Hairul Azreen Dibanjiri Ucapan Tahniah, Yusuf & Alisa Bakal Dapat Adik? – REMAJA
Dini Schatzmann & Janna Nick di Tokyo & Osaka, Jepun
Ibarat musim honeymoon untuk para selebriti, pasangan pelakon Dini Schatzmann dan Janna Nick juga menjadi bulan Syawal sebagai waktu terbaik untuk melepaskan diri daripada kekangan kerja dengan menjadikan Jepun sebagai destinasi pilihan. Biarpun terlepas musim bunga Sakura yang selalunya berkembang mekar sekitar bulan Mac dan April, Dini dan Janna tetap menikmati momen bersama di sana.
Mek Yun di Tokyo, Jepun
Tidak ketinggalan memilih Jepun ialah pempengaruh versatil, Mek Yun yang kini berada di Tokyo. Mek Yun sempat memperagakan persalinan kebaya sempena Aidilfitri lepas di laluan pejalan kaki popular di Shibuya. Comel lote!
Daiyan Trisha di Kemboja
Korang sendiri menjadi saksi betapa sibuknya jadual pelakon, penyanyi dan penulis buku, Daiyan Trisha sepanjang tahun lepas. So it makes sense that she wants some time alone with her whole family. Menjadikan Kemboja sebagai destinasi pilihan, Daiyan dilihat memanfaatkan peluang untuk ke sana bersama keluarga menerusi momen-momen di lokasi tarikan pelancong.
Yaya Zahir di Seoul, Korea Selatan
Kehadiran pengacara dan pempengaruh, Yaya Zahir di Seoul selepas meraikan Syawal di Kuala Lumpur tempoh hari mungkin disebabkan oleh faktor kerja. Yaya berada di sana bagi menghadiri acara khas bersama jenama beg premium, Rimowa. Namun sudah alang-alang ke sana, Yaya sendiri tidak melepaskan peluang untuk beronda di sekitar Myeondong, Seoul bagi melepaskan gian terhadap makanan yang dijual di tepian jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja Ini Kongsikan 8 Snek Halal Untuk Dicuba Di Myeongdong, Seoul – REMAJA
Syed Faizal di Paris, Perancis
Jurusolek selebriti terkenal, Syed Faizal Syed Noh bikin warganet cemburu apabila beliau memilih kota cinta, Paris sebagai destinasi pilihan bagi menyambut Aidilfitri. Selain melawat ke lokasi tumpuan pelancong seperti Menara Eiffle, Syed turut berkesempatan mengunjungi muzium-muzium grandeur yang terletak di sana.
Nana Sheme di Perth, Australia
Amboi! Ibarat beraya di perantauan, Nana Sheme dan suami, Zikri Zakaria serta ahli keluarga yang lain memilih Perth, Australia sebagai destinasi Aidilfitri. Penyanyi Hantu Atau Buaya itu berada di sana selama 12 hari bagi membuat kelainan pada tahun ini.
Haa, Syawal kan berbaki tiga minggu lagi. Mungkin ada di antara korang yang ingin beraya di destinasi yang lebih berhampiran, seperti Bangkok Thailand?
ARTIKEL BERKAITAN: Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.