Bagi penggemar drama Korea Selatan dan rancangan variety show dari sana, pasti korang familiar dengan trend “Couple’s T-Shirt” kan?

 

Sekitar tahun 2014, trend tersebut AMAT popular di kalangan pasangan sekolah menengah dan universiti di Korea Selatan. Sehinggakan ia diserap masuk ke Malaysia, banyak butik fesyen street wear yang menawarkan Couple’s T-shirt.

Bagi yang single ni, memang #redha jelah.

Tetapi bagi yang sudah berpunya, mereka gemar mempamerkan kemesraan di khalayak ramai dengan memakai baju T yang sama warna dan rekaannya.

Itu tahun 2014, sekarang masih in ke trend Couple’s T-shirt ini? Mungkin trend itu tidaklah terlalu menonjol, tak banyak jenama yang menawarkannya. Namun jika korang pandai memilih rekaan dan berani mencuba, koranglah pasangan yang akan mencuri tumpuan semua orang!

IKLAN

Trend Couple’s T-Shirt Masih In? Mungkin Dengan Design UNIQLO x BTS Ni..

Apa kata korang cuba koleksi Uniqlo x BTS BT21 x LINE ini.

Ia adalah kolaborasi istimewa grup K-Pop, BTS bersama LINE Friends. Peminat BTS mesti tahu yang BTS telah mewujudkan akaun LINE Friends ‘BT21’ pada September 2017. Menerusi BT21, terdapat 8 karakter comel iaitu Koya, RJ, Shooky, Mang, Chimmy, Tata, Cooky dan Van.

Jadi, korang boleh memilih rekaan yang sama dengan pasangan sebagai baju untuk keluar dating. Agitcheww..

IKLAN

Cer tengok di bawah masa satu jadi pilihan korang.

Trend Couple’s T-Shirt Masih In? Mungkin Dengan Design UNIQLO x BTS Ni..
(Dari kiri): Chimmy (Jimin), Cooky (Suga), Mang (J-Hope) dan Tata (V)

 

Trend Couple’s T-Shirt Masih In? Mungkin Dengan Design UNIQLO x BTS Ni..
(Dari kiri): Jin (RJ), Tata (V), Chimmy (Jimin) dan Shooky (Jungkook)

 

Trend Couple’s T-Shirt Masih In? Mungkin Dengan Design UNIQLO x BTS Ni..
(Dari kiri) : Semua karakter, logo BT21, Koya (RM) dan Cooky (Suga).

 

IKLAN

Comel kan?

Koleksi BT21 ini boleh mula didapati daripada stor Uniqlo di bahagian Lifewear bermula 21 Jun 2019. Korang juga boleh membelinya menerusi laman web uniqlo.com.

Happy dating with Couple’s T-shirt!

(Urgh, aku juga yang single)

Trend Couple’s T-Shirt Masih In? Mungkin Dengan Design UNIQLO x BTS Ni..
Okay, I terima..

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI