Sekitar tahun 2014, trend tersebut AMAT popular di kalangan pasangan sekolah menengah dan universiti di Korea Selatan. Sehinggakan ia diserap masuk ke Malaysia, banyak butik fesyen street wear yang menawarkan Couple’s T-shirt.
Bagi yang single ni, memang #redha jelah.
Tetapi bagi yang sudah berpunya, mereka gemar mempamerkan kemesraan di khalayak ramai dengan memakai baju T yang sama warna dan rekaannya.
Itu tahun 2014, sekarang masih in ke trend Couple’s T-shirt ini? Mungkin trend itu tidaklah terlalu menonjol, tak banyak jenama yang menawarkannya. Namun jika korang pandai memilih rekaan dan berani mencuba, koranglah pasangan yang akan mencuri tumpuan semua orang!
Apa kata korang cuba koleksi Uniqlo x BTS BT21 x LINE ini.
Ia adalah kolaborasi istimewa grup K-Pop, BTS bersama LINE Friends. Peminat BTS mesti tahu yang BTS telah mewujudkan akaun LINE Friends ‘BT21’ pada September 2017. Menerusi BT21, terdapat 8 karakter comel iaitu Koya, RJ, Shooky, Mang, Chimmy, Tata, Cooky dan Van.
Jadi, korang boleh memilih rekaan yang sama dengan pasangan sebagai baju untuk keluar dating. Agitcheww..
Cer tengok di bawah masa satu jadi pilihan korang.
Comel kan?
Koleksi BT21 ini boleh mula didapati daripada stor Uniqlo di bahagian Lifewear bermula 21 Jun 2019. Korang juga boleh membelinya menerusi laman web uniqlo.com.
Happy dating with Couple’s T-shirt!
(Urgh, aku juga yang single)