Trend Cukur Bulu Diwajah Mampu Buat Kulit Lebih Flawless Tapi Awas Tak Semua Sesuai

Share

Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab ni, rasanya golongan perempuan lebih banyak ‘songeh’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.

Namun korang tahu, cara mencucur bulu di wajah mampu jadikan kulit korang lebih flawless. Dikenali dengan rawatan Dermaplaning, ia merupakan antara rawatan selamat yang boleh dicuba bagi menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.

Caranya pun agak mudah dan ramai yang melakukannya sendiri dirumah hingga menjadi trend dikalangan wanita terutamanya.

 

@tryjillWhat’s the one part of your routine u would never undo? 🪒##dermaplaning ##skincare101 ##skincaretips ##skincareroutine ##undo ##oddlysatisfying ##fyp♬ original sound – Alec Townsend

Ia adalah rawatan mengikis permukaan atas kulit bagi membuang sel mati dengan menggunakan pisau khas . Menurut Healthline, rawatan dermaplaning ini adalah satu prosedur kosmetik yang menghilangkan lapisan pada atas kulit wajah.  Menariknya, teknik ini bukan hanya mampu membuang bulu halus diwajah malah membantu menghasilkan kulit lebih lembut, menyingkirkan rerambut halus yang memerangkap kotoran dan minyak.

Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat, mengurangkan kedutan dan membuang bulu halus pada wajah.

 

@chloemorelloNo, it doesn’t grow back thicker! I used the @drunkelephant facial oil with @revlon brow razor ##beautyhacks ##makeuphacks ##makeuptips ##beautytips♬ original sound – ChloeMorello

Namun, kena diingat menurut pakar iaitu Dr. Ross Perry dari Cosmedics tidak salah membuat rawatan ini namun ….

“Memiliki rambut halus di wajah adalah normal dan kita tak sepatutnya tertekan melihat orang lain mencukurnya. Tidak boleh sembarangan lakukannya, kamu perlu dapatkan nasihat daripada pakar profesional”, ujarnya

Walaupun kaedah yang semakin popular ini tidak salah untuk dilakukan, tidak menyakitkan dan menjadikan kulit lebih flawless daripada sebelumnya.

Tetapi ada beberapa individu yang tidak boleh lakukannya, antaranya adalah mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ini akan mengalami wajah yang lebih sensitif, keradangan yang teruk dan pigmentasi.

 

@helin.dxskiHow I remove facial hair! Don’t let people scare you from doing it!!! 🙂 ##fyp ##dermaplaning ##shaving ##shavingface♬ Bongo cha-cha-cha – Remastered – Caterina Valente

“Mencukur boleh menumpulkan bahagian tepi rambut sama seperti kamu mencukur bulu kaki. Rambut akan terasa kasar dan lebih tebal.”

Pada masa yang sama, Dr. Ross juga menyatakan mencukur wajah di rumah boleh menyebabkan penumbuhan rambut yang lebih tebal dan cepat.

Kalau kamu nak melakukan rawatan ini di rumah terutamanya bagi mereka yang baru mahu mencuba, lebih baik dapatkan khidmat nasihat daripada pakar profesional terlebih dahulu.

Takut nanti kalau tersilap teknik, boleh luka pula wajah korang dah tak cantik raya nanti…hehe

Sumber :  HealthlineBerita Harian 

Published by
Nana