Ternyata trend pengedaran berubah apabila ramai pengedar dadah mencuba pelbagai tenik untuk mengelabui mata pihak berkuasa yang tegas menangani isu pengedaran dadah.
Terkini, pihak berkuasa tempatan berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan perempuan berusia 40 tahun di dalam sebuah kereta BMW berwarna hitam di kawasan letak kereta sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta, pihak polis telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 2775 gram dan 24 botol cookies disyaki mengandungi cecair ganja seberat 2500 gm dan turut dirampas wang tunai RM1000.
Dalam tindakan susulan pada 24 Jun 2020, lebih kurang jam 2.30 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah yang terletak di Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.
Hasil pemeriksaan telah menjumpai dadah disyaki jenis ganja seberat 4111 gram dan minyak ganja seberat 173 gram. Turut dirampas 1 kereta perodua Asia, 1 van dahaitsu gran max, wang tunai RM2000, bar emas 515 keping dan bar perak 400 keping melibatkan nilai keseluruhan RM16,000.
Nilai keseluruhan rampasan cookies bernilai RM1330.
Dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM474, 754 melibatkan kenderaan, jumlah nilai dadah dan lain lagi.
5 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton Filem Spiderman: Far From Home, Pengakhiran Infiniti Saga
Spiderman: Far From Home is finally here!
Filem ini tentunya sangat dinanti-nantikan oleh para peminat Marvel selepas filem Captain Marvel dan Avenger: End Game yang keluar pada Mac dan April lalu.
Untuk pengetahuan, Far From Home merupakan filem terakhir untuk Infiniti Saga yang bermula dengan filem Iron Man pada tahun 2008.
Memandangkan tiada end credit semasa filem End Game, maka ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula kesinambungan filem Marvel ini melibatkan semua superhero yang masih tinggal.
Oleh itu, Remaja ingin kongsikan 5 sebab kenapa korang kena tonton filem Spiderman: Far From Home.
Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru
Rasanya ramai peminat Marvel tahu yang filem End Game menyaksikan pemergian hero-hero favourite kita. Kiranya, Spiderman ini adalah sambungan setelah pemergian Ironman, Black Widow, Captain America dan watak superhero Avengers lain.
Saat dunia tengah huru-hara sebab ada time-lapse selama 5 tahun tu, makanya orang ramai tengah cari pemimpin baru untuk gantikan Iron Man. Tapi persoalannya, mampukah Peter Parker untuk menggalas beban seberat itu?
Dia baru 16 tahun kot gais.
Spiderman Pergi Vacation
Sesuai dengan tajuk Far From Home, Peter dapat pergi bercuti dengan classmate dia kat Eropah dan apa yang dia kena buat supaya kawan-kawan sekelasnya tak tahu identiti dia sebagai Spiderman.
Yalah, kalau Spiderman ada kat Eropah, tak ke pelik sebab dia kan sepatutnya friendly neighbourhood kat Queens. Terpaksalah pula, dia muncul dengan identiti yang berbeza. Nama eropah dia, lawak habis!
Peter Parker & MJ?
Kalau korang ingat lagi filem Spiderman: Homecoming dulu, di hujung filem Peter ada cakap kat kawan dia, Ned yang dia sukakan MJ.
Jadi dalam Far From Home, kita akan dapat menyaksikan perkembangan hubungan antara MJ dengan Peter. Tapi persoalannya, adakah cinta Peter itu hanya bertepuk sebelah tangan atau…
Ada Mysterio!
Okay, kalau tengok trailer kita akan diperkenalkan dengan watak villain baru iaitu Elemental iaitu sejenis makhluk melibatkan 4 elemen penting iaitu air, tanah, angin dan api.
Dan kemudian, muncul pula watak superhero baru iaitu Mysterio yang katanya datang dari universe lain. Mereka ni kemudiannya bekerjasama untuk menghapuskan elemental tu tapi…ada pulak villain lain yang sebenarnya musuh dalam selimut. Siapa agaknya ya?
Spiderman Kena Man Up!
Alright! Spiderman sebenarnya kan baru 16 tahun (Sebab dia kena blip so umur dia kekal) jadi biasalah budak-budak umur macam tu mestilah fikir nak have fun je kan?
Umur ni jugaklah baru nak bercinta, nak lepak dengan kawan-kawan tiba-tiba kau kena nak selamatkan dunia. Memang akan rebel lah kan?
So, ada satu part tu bila Director Fury marah kat Spidey suruh dia buat pilihan sama ada nak normal life atau pun jadi superhero. Kesian jugak lah kat dia.
Dengan mentor dia dah takde, jadi Peter ni jadi macam lost. Dia hilang seseorang yang dia boleh look up to. Jadi, macam mana agaknya Peter hadapi semua ini dah pada masa yang sama lawan orang jahat?
Kepada mereka yang tak pernah tengok filem Marvel atau baru nak start tengok, jangan risau sebab korang akan boleh faham cerita ni sebab dia kan macam episod baru jugak?
Yang penting, filem ni ada dua end credit jadi korang kena lah tunggu sampai habis sebab dua-dua tu penting untuk korang faham apa jadi untuk filem seterusnya.Apa-apapun, just enjoy the movie!
Masih Tak Sedap Badan Walau 2 Kali Jalani Ujian Dan Disahkan Negetif, Kali Ke-3 Positif COVID-19
Ramai peserta tabligh sudah hadir menjalani saringan pemeriksaan kesihatan. Ada yang disahkan bebas dari virus ini namun ada juga yang disahkan positif. Tidak ketinggalan diuji dengan kesedihan apabila beberapa warga emas dari jemaah tabligh ini berakhir dengan kematian.
Di saat ramai yang sudah menjalani pemeriksaan, seorang anak saudara kepada jemaah tabligh berkongsi kisah bapa saudaranya yang kini disahkan positif COVID-19 sedangkan dua kali saringan sebelum itu bapa saudaranya disahkan bebas (ujian menunjukkan negetif).
Apa yang beliau ingin kongsikan walau sudah dua kali jalani saringan dan disahkan negetif tapi disebabkan masih tak sedap badan, bapa saudaranya jalani lagi ujian kali ketiga. Dan ketika itulah disahkan positif. Apa yang kita semua perlu faham, walau kali pertama diuji negetif tapi tidak bermakna kita bebas dari wabak ini.
Bacalah, better stay at home sebab risiko jangkitan ini sangat tinggi.
Dukacita dimaklumkan, pakcik saya telah disahkan positif Covid-19. Beliau merupakan salah seorang jemaah tabligh yang mengikuti kluster Tabligh Masjid sri petaling.
Peringkat awal, telah disaring dan negatif,
Peringkat kedua rasa tak sedap badan, saring sekali lagi, masih negatif.
Peringkat ketiga, datang ke hospital kerana berterusan rasa tak sihat dan kemudian disahkan positif covid 19 pada keesokan harinya.
Pihak ambulan datang jemput dirumah dalam keadaan tenang dan selamat.
Sememangnya tanda2 Covid 19 ni bukan mudah untuk disaring walaupun berkali kali ke hospital. Kali ke 3 baru disahkan positif.
Diharap, rakan fb diluar sana yang membaca posting ini memgambil serius pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan kerana kita tak pasti siapa yang benar2 membawa jangkitan covid disekeliling kita.
Semoga Allah memudahkan urusan dan memberi kesembuhan kepada pesakit dan seluruh ahli keluarga magsa Covid 19.
Penyakit Korela Dikesan Di Selangor, Ini Gejala Dan Nasihat Elak Jangkitan
Penyakit kolera adalah penyakit berjangkit wabak akut (acute). Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memuat naik satu perkongsian di akaun Twitter miliknya.
Menurut KJ, Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor.
Menerusi perkongsian itu juga, Khairy juga telah mengingatkan orang awam agar minum minuman air yang telah dirawat atau dididihkan sahaja. Selain itu, KJ juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan jangan memakan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
Untuk info, Virus Korela atau Penyakit taun ini wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika. Ia lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna.
Antara Gejala Korela:
- Sejumlah besar cirit-birit berair, kadang-kadang dipanggil “najis air beras”/”rice water stools” kerana ia kelihatan seperti air yang telah digunakan untuk membasuh beras
- Muntah
- Kaki kejang
- Seseorang yang mengalami penyakit kolera akan kehilangan air dalam badan dengan cepat, sehingga 20 liter sehari, jadi dehidrasi dan kejutan yang teruk boleh berlaku.
Tanda-tanda dehidrasi termasuklah:
- Kulit longgar / “loose skin”
- Mata nampak seperti tenggelam
- Mulut dan bibir kering
- Penurunan rembesan, misalnya, kurang berpeluh
- Denyutan jantung laju
- Tekanan darah rendah
- Pening kepala atau kepala terasa ringan
- Kehilangan berat badan yang cepat
- Selalu terkejut yang boleh menyebabkan sistem peredaran darah tidak berfungsi dengan baik. Ia adalah keadaan yang mengancam nyawa dan keadaan kecemasan.
Nasihat umum pencegahan untuk elak jangkitan:
- Basuh tangan dengan sabun sebelum makan, mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.
- Didihkan air minum atau minum air yang dibotolkan/air berkarbonat.
- Makanan yang kurang memerlukan pengendalian adalah lebih selamat. Kupas semua buah. Pastikan salad atau ulam-ulaman dibasuh bersih sebelum dimakan.
- Pastikan bahawa makanan laut, ikan dan daging dimasak dengan sempurna pada suhu yang betul dan seboleh-bolehnya makan semasa makanan masih panas.
- Makan awal jika memakan hidangan buffet, sebaik-baiknya dalam tempoh 4 jam dari masa makanan siap dimasak.
- Jangan beli makanan berbungkus dari warung di tepi jalan.
- Jika mengalami cirit-birit, minum banyak air bersih dan larutan rehidrasi oral (ORS). Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu minum, segera dapatkan rawatan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jaga diri guys!
Sumber : Twitter KJ, Myhealth.gov.my