Sejak awal tahun 2025 ini, mesti ramai yang perasan trend terbaru – ubah atau sunting gambar kepada versi kartun di media sosial. Bukan setakat itu, waktu hari raya Aidil Fitri baru-baru ini memang ramai pengguna internet mengambil peluang transform gambar masing-masing kepada karakter 2D atau 3D ala kartun anime dan komik menggunakan aplikasi tertentu dengan bantuan teknologi artificial intelligence (AI).

Tidak dinafikan, kebanyakan foto yang dimuat naik itu sememangnya nampak lebih menarik, lucu, dan seronok untuk dikongsi buat tatapan. Namun dalam keterujaan itu, ada segelintir individu terutama bagi umat Islam yang mempersoalkan apakah hukum menyunting gambar seperti ini di dalam agama Islam.

Menurut sebuah perkongsian video di media sosial pengguna @ceramah.ustaz33, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyatakan hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun bergantung kepada niat dan hasil akhirnya.

Trend Gambar Kartun AI, Ini Kata Ustaz Azhar Idrus & Jabatan Mufti Selangor

“Apa hukum mengubah gambar manusia menjadi kartun? Ada ustaz dari luar negara kata hukumnya haram, betul ke?”

Ads

“Ada betulnya juga, cuma pandangan saya andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus,” ujar UAI.

Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan sekiranya gambar itu diubah sehingga menghina orang lain dan menjadikan mereka bahan gurauan atau ejekan, maka ia boleh jatuh kepada haram dan ia dilarang menurut syarak.

Trend Gambar Kartun AI, Ini Kata Ustaz Azhar Idrus & Jabatan Mufti Selangor

Ads

“Bahkan bukan sahaja watak ulama, gambar-gambar anak beranak kalau kita buat ke arah menghina, haram. Kalau kita buat jadi mulia, tak berani nak kata haram,” jelasnya lagi.

Jika masih terdapat keraguan, Jabatan Mufti Negeri Selangor juga pernah mengeluarkan pandangan rasmi berkaitan lukisan bergaya anime, kartun dan komik.

“Lukisan dalam bentuk anime, kartun dan komik kebiasaannya adalah lukisan yang bersifat 3D, 2D atau sebagainya (teknik lukisan) yang jika dilihat lukisannya tidak menyerupai sepenuhnya realiti gambaran kepada sesuatu yang bernyawa sebagaimana lukisan potret”

Ads

Trend Gambar Kartun AI, Ini Kata Ustaz Azhar Idrus & Jabatan Mufti Selangor

“Kebanyakkan lukisan kartun dan anime bertujuan pendidikan, hiburan kanak-kanak dan dewasa. Oleh itu ia adalah harus dengan isi kandungan yang bermanfaat (tiada unsur lucah dan melanggar akidah),” jelas Jabatan Mufti Negeri Selangor. 

Sementara itu, memetik pandangan tokoh ulama besar dunia, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa penggunaan lukisan dalam media massa dengan tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam yang diharamkan bahkan sesuatu yang dituntut oleh syarak.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI