Dah ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial. Bermula dengan hanya saja-saja ‘add friend’, siapa sangka perkenalan di media sosial boleh berakhir di jinjang pelamin.
Tapi, cara ini mungkin kurang berkesan bagi lelaki ini.
Demi mencari calon isteri buat dirinya, seorang lelaki berusia 31 tahun di London sanggup menyewa iklan di stesen kereta api berharga RM10,000.
Menurut laporan Oddity Central, Jeevan Bhacu telah membayar sebanyak 2,000 pound (RM10,000) untuk menyewa dua papan iklan selama dua minggu.
Bukan hanya Jeevan Bhacu, sebelum ini seorang lagi lelaki di Britain turut mengunakan cara mengiklan diri untuk mencari jodoh.
ARTIKEL BERKAITAN : Cari Jodoh Trend 2022 Guna Billboards? Lebih 100 Wanita Contact Pemuda Ini Lepas Iklan Diri
Di dalam iklan itu, Jeevan Bhacu kelihatan sedang terbaring dengan memakai sut berwarna merah jambu sambil menunjuk ke arah ayat ‘Best Indian you’ll takeaway’ (Lelaki India terbaik anda akan ambil).
Antara kriteria yang diletakkan Bhacu ialah dia inginkan calon yang merendah diri, mementingkan keluarga, suka berjenaka dan tidak bersifat terlalu serius dengan kehidupan seharian.
Sebelum mencuba cara menyewa papan iklan ini, Bhacu turut mencari jodoh menerusi aplikasi cari jodoh yang digunakan lelaki bujang. Namun usahanya itu tidak membuahkan hasil apabila tidak berjaya menemui wanita yang layak dikahwini.
Amazing...selepas iklankan diri, dia mendapat lebih 50 calon yang menghubunginya dalam tempoh beberapa hari.
Apabila ditanya mengapa dia memilih papan iklan di stesen kereta api, dia berkata kerana iklan itu lebih mendapat perhatian orang ramai yang kebanyakannya sedang menunggu kereta api tiba.
Pada awalnya, pihak pengangkutan awam London tidak menerima permintaan Bhacu untuk menyewa iklan tersebut kerana dikatakan melanggar syarat iklan makanan segera.
“Saya bukan mencari ratusan calon, tetapi hanya mencari seseorang yang istimewa,” katanya.
Wow, menarik bukan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : indiatimes.com