Isu perkahwinan di luar negara terutamanya di Thailand bukanlah isu baharu, bahkan ia akan menjadi isu hangat secara bermusim.
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Terpedaya Pujukan Kahwin Lari, PEGUAM SYARIE Dedah Kesan Buruknya
Isu ini akan menjadi lebih panas jika pihak yang terlibat dikenali ramai sama ada orang kenamaan, artis dan sebagainya.
Buat makluman, perkahwinan merentasi sempadan ialah sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di negara tersebut.
Perkahwinan merentasi sempadan begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti perkahwinan di Narathiwat, Pattani, Songkhla dan lain-lain daerah di selatan Thailand.
Selain dari kosnya yang murah, perkahwinan di negara jiran berlaku disebabkan pasangan tidak mendapat restu keluarga, mereka yang terlanjur dan bagi pihak lelaki yang ingin berpoligami.
Tapi antara persoalan yang muncul di kalangan warganet tentang mereka yang mengambil jalan pintas ini dek kerana tiada restu dari keluarga adalah kehadiran wali bagi melengkapi rukun nikah.
Terutamanya bagi belah pengantin perempuan, boleh ke dinikahkan tanpa wali iaitu ayah atau saudara lelaki?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan perkahwinan lari meninggalkan wali lebih dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie.
“Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut Mazhab Al-Syafie”
Walaupun statusnya adalah sah, namun Pejabat Mufti menasihatkan agar sebaik-baiknya, pasangan yang ingin berkahwin, contohnya di negara Thailand atas apa-apa sebab termasuk sebab tidak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami daripada isteri hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk berkahwin di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing.
“Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami jika ingin berpoligami tapi tidak mendapat izin daripada isteri, mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
“Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.
“Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini”, jelas artikel berkenaan
Haaa…kini anda tahu! Tapi usahlah jadikan ikutan okay, lagi bermakna dan manis sekiranya kita ikuti undang-undang pernikahan di Malaysia sebaiknya.
BACA LAGI: Datuk Nicol David Atlet Berpendidikan Tinggi, Rajin Timba Ilmu Walau Dah Bersara!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pengantin, Sinar Harian