
Ketika semua orang begitu obses dengan warna nude, putih dan hitam (yawn), trend kecantikan di Instagram pula bertambah ceria!
Perkenalkan, trend #rainbownails atau ‘Kuku Smarties’ yang berwarna-warni seperti gula-gula itu. REMAJA percaya, perempuan yang mewarnakan kuku mereka dengan warna terang secara berselang-seli ini mesti mempunyai personaliti yang bubbly, selalu senyum dan berfikiran positif selalu.
Ia juga baik untuk perempuan yang sukar untuk memilih warna terbaik bagi kukunya.
See!
Kami di REMAJA mencuba sendiri trend kuku Smarties sepanjang minggu ini and we have to say, ia tak pernah gagal menjadi topik perbualan kawan-kawan semasa kami duduk makan. Mesti mereka akan bertanya lokasi salun kuku kami.

Well girls, kami warnakan sendirilah!
Ini 6 warna cantik untuk kamu cuba.
Real Color Nail – Spring (6ml) RM13 innisfree
NAILS INC Nailkale Nail Polish (14ml) RM89 Sephora
OPI Infinite Shine (Japanese Rose Garden) RM80 OPI
CIATE LONDON Gelology Nail Polish (13.5ml) RM70 Sephora
3CE Take A Layer Nail Lacquer RM29.60 Hermo
ORLY Color Blast Aqua Neon (11ml) RM29 ZALORA
Ratu Cantik Thailand Anggun Berbusana Kebaya, Angkat Budaya Masyarakat Selatan

Semalam telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity di Kanada. Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan ini telah menyaksikan seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan masing-masing bangga mewakili negara tercinta.
Salah sebuah negara yang bertanding adalah Thailand menerusi perwakilan oleh Bew Nuttha Thongkaew. Semestinya wakil dari negara gajah putih ini tidak mengecewakan dengan raut wajah yang cantik dan tubuh yang langsing, dia menyerlahkan aura seorang ratu.
BACA JUGA: Gadis Kacukan Pertama Menang Gelaran Miss Thailand, Manita Farmer Pecah Rekod 88 Tahun Pertandingan
Apabila melalui sesi kuarantin dalam pertandingan, pelbagai aktiviti diadakan. Antara aktiviti yang paling mendebarkan semestinya sesi soal jawab bersama para juri. Sesi ini seperti yang kita sedia maklum, bakal menentukan nasib peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Apa yang menarik perhatian ketika sesi soal jawab, Bew Nuttha telah menggayakan sepasang kebaya dalam rona biru gelap dan biru cair siap dengan sulaman mewah. Eh, kenapa kebaya?
Kalau pembaca nak tahu kebaya bukan hanya menjadi busana tradisi di Indonesia, Singapura dan Malaysia sahaja, di Thailand pun ada komuniti yang menjadikan kebaya sebagai pakaian tradisi mereka. Di sana busana kebaya ini dikenali sebagai Banong.
Menurut penjelasan oleh ratu cantik berusia 28 tahun ini, “Saya menggayakan pakaian tradisi Banong dari wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Ini adalah sebagai perlambangan dan juga simbol keamanan kepada mereka yang melalui keganasan domestik di tiga walayah selatan itu. Saya bawa suara anda bersama saya di Humanity Pageant Global.”
BACA LAGI: Dahulu Sekadar Top 5 Miss Grand Indonesia 2020, Kini Nadia Tjoa Juara Miss Face Of Humanity 2022
Pakaian tradisi Banong merupakan pakaian yang sama rekaannya seperti kebaya Nyonya yang digayakan masyarakat campuran Melayu-Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selain mengenakan pakaian ini, Bew Nuttha turut melengkapkan gaya keseluruhannya dengan aksesori Yan Lipao iaitu rekaan beg turun temurun berasal dari daerah Nakhon Si Thammarat yang merupakan sebuah bandar di Selatan Thailand.
Wanita anggun ini menamatkan saingan di pentas finale Miss Face of Humanity di kedudukan top 10. Wakil Indonesia, Nadia Tjoa dimahkotakan sebagai pemenang sulung pertandingan ratu cantik ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jeragat & Parut Di Muka Punca Keyakinan Diri Turun? Guna 3 Produk Ini Untuk Kulit Putih Mulus Seperti Bayi!

“Sudah jatuh ditimpa tangga pula”
Begitulah yang dikatakan apabila muka naik jerawat dan sebaik sahaja jerawat kecut datang pula isu parut jerawat yang degil taknak pudar. Haih…apalah nasib kan?
Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, mesti kalian takkan dapat lari dari isu kulit muka, terutama sekali isu parut jerawat yang amat susah untuk dihilangkan.
Namun, usah khawatir kerana lambakan produk kecantikan di pasaran kini mampu menyelesaikan masalah ini tanpa perlu mengeringkan dompet. Meh sini Remaja kongsi tiga produk berkesan untuk menghilangkan parut jerawat di muka!
- Krim Pelindung Muka (Sunscreen)
Selain melindungi kulit anda daripada sinaran UV, sunscreen juga boleh membantu menghilangkan parut jerawat di muka dan masalah tona kulit tidak sekata.
Apabila anda berada di luar kawasan tertutup, anda akan terdedah kepada terik matahari di mana ianya boleh menyebabkan parut jerawat semakin gelap. Haiyooo!
Jadi pastikan anda guna krim pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar dari rumah untuk dapatkan perlindungan kulit yang paling efisien.
Bagi mereka yang masih muda remaja, anda boleh dapatkan 3W Clinic Intensive UV Sunscreen Cream di Aeon Wellness berdekatan. Harganya yang murah dan berpatutan semestinya menjadi daya penarik golongan pelajar.
2. Vitamin C
Vitamin C adalah bahan antioksidan yang telah dikaji bertahun-tahun dan telah terbukti secara saintifik memberi manfaat yang ketara kepada kulit. Membaiki kerosakan matahari, meminimumkan garis halus dan menghidratkan kulit kering hanyalah sebahagian daripada faedahnya.
Parut jerawat juga boleh dirawat dan dicegah dengan menggunakan produk yang mengandungi Vitamin C di dalamnya. Sebagai contoh, Melano CC Vitamin C Brightening Milk Moisturiser!
Produk jenama dari Jepun ini mengandungi formula Vitamin C asli yang diperhalusi dengan teliti untuk mengoptimumkan keberkesanannya dalam memulihkan kekusaman, merawat parut jerawat, memudarkan jeragat dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri dari dalam.
Salah satu faktor pembezaan utama pelembap ini ialah penyerapannya yang cepat ke dalam kulit, memberikan penghidratan yang berpanjangan tanpa sebarang rasa melekit yang tidak menyenangkan atau sisa berminyak.
3. Retinol
Juga dikenali sebagai vitamin A, retinol seiring dengan rawatan anti-penuaan lain di luar sana boleh digunakan untuk membuka pori-pori tersumbat dan memudarkan parut dengan lebih efisien.
Namun anda perlu berhati-hati kerana sekiranya dipakai terlalu kerap dengan kuantiti yang banyak, kulit anda mungkin ada terasa pedih sedikit dek kerana bahan di dalamnya. Pakai sikit-sikit sahaja dulu okay?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Watson, Pixel, Sasa
Rawat Blackhead & Whitehead, Ini Senarai Cleansing Oil Yang Boleh Dicuba!

Whitehead atau blackhead ni sebenarnya adalah pori-pori yang tersumbat. Mungkin perkara ini merupakan perkara biasa bagi remaja. Namun, jika tidak diatasi ia mungkin menjadi masalah kulit yang teruk.
ARTIKEL BERKAITAN : 4 Langkah Bersihkan Wajah Paling Asas Untuk Yang Berkulit Kering
Hal ini juga membuatkan kulit wajah kelihatan kusam dan bila disentuh terasa sedikit kasar.
Rawat Blackhead & Whitehead, Ini Senarai Cleansing Oil Yang Boleh Dicuba!
Maka sebab itulah wajah memerlukan perawatan yang konsisten agar masalah blackhead dan whitehead ini dapat dirawat. Jika tidak dirawat, masalah whitehead dan blackhead ini akan terus bersarang pada kulit wajah sehingga akhirnya menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat dan sebagainya.
Cara yang terbaik untuk membuang whitehead dan blackhead yang ada pada permukaan kulit adalah dengan menggunakan cleansing oil. Sifat cleansing oil adalah licin. Oleh itu ketika mengurut kulit wajah, whitehead/blackhead akan tergelincir keluar.
Cleansing oil sangat membantu untuk mengeluarkan white/blackhead. Untuk mengawal komedo dari terus tumbuh dengan banyak pula, anda perlu menggunakan Salicylic Acid (BHA) dan Lactic/Glycolic Acid (AHA).
BHA memastikan pori-pori bersih dan AHA pula mengelakkan sel-sel kulit mati dari tersumbat dalam pori-pori. Whitehead dan blackhead adalah masalah semula jadi kulit. Ianya tidak boleh dihilangkan secara kekal. Walau bagaimanapun dengan penjagaan kulit yang betul, whitehead dan blackhead boleh dikurangkan.
Berikut dikongsikan pilihan cleansing oil yang boleh anda cuba pakai. Ianya boleh didapati dengan mudah di mana-mana drugstore.
SIMPLE HYDRATING CLEANSING OIL
Produk Simple sering dicari-cari oleh pengguna berkulit sensitif. Kandungan bahan di dalam produk Simple sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. Ia sangat berkesan dalam membersih solekan dan kotoran pada wajah. pembersih ini tidak mempunyai alcohol dan pewangi. Diperkaya dengan bahan pelembap yang akan menjaga kulit sensitif yang rapuh itu. Kulit wajah anda tidak akan terasa iritasi dan merengsa selepas menggunakannya. KLIK SINI UNTUK BELI.
GARDEN OF WISDOM SALICYLIC ACID
Menghilangkan kotoran dan sisa solekan dengan mudah. Bagi mereka yang kerap menggunakan solekan, produk ini sangat sesuai untuk anda gunakan kerana ia mampu menyingkirka solekan pada wajah dengan lebih berkesan agar kulit lebih terpelihara daripada cela. KLIK SINI UNTUK BELI
HADO LABO CLEANSING OIL MAKEUP REMOVER
Larut dalam air, ia tidak meninggalkan rasa berminyak yang tidak menyenangkan. Dalam masa yang sama juga ia turut mengimbangkan PH kulit dan semestinya bebas wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna. Diperkaya dengan Super Hyaluronic Acid untuk menghidrat dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit sehingga kulit terasa lembut dan licin. KLIK SINI UNTUK BELI
THE ORDINARY LACTIC ACID 10% HA
Penggunaannya secara teratur dan konsisten mampu menjadikan kulit lebih cerah dan sekata. Ia juga mampu mengurangkan minyak pada kulit wajah. Sesuai juga digunakan oleh mereka yang memiliki kulit jenis sensitif. Dalam masa yang sama kelembapan kulit wajah juga kekal terpelihara. KLIK SINI UNTUK BELI
Namun harus diingatkan bahawa sebelum menggunakan sebarang produk perawatan kulit wajah, pastikan anda sesuai dengan kandungan bahan dalam sesuatu produk. Elakkan menggunakan produk yang menggunakan bahan yang sensitif dengan kulit anda.
Olahan artikel dari Hijabista.
Sumber kredit: Kanda Azizi Top image: Photo by Anna Shvets from Pexels
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.