Perkenalkan, trend #rainbownails atau ‘Kuku Smarties’ yang berwarna-warni seperti gula-gula itu. REMAJA percaya, perempuan yang mewarnakan kuku mereka dengan warna terang secara berselang-seli ini mesti mempunyai personaliti yang bubbly
, selalu senyum dan berfikiran positif selalu.Ia juga baik untuk perempuan yang sukar untuk memilih warna terbaik bagi kukunya.
See!
Kami di REMAJA mencuba sendiri trend kuku Smarties sepanjang minggu ini and we have to say,
ia tak pernah gagal menjadi topik perbualan kawan-kawan semasa kami duduk makan. Mesti mereka akan bertanya lokasi salun kuku kami.Well girls, kami warnakan sendirilah!
Ini 6 warna cantik untuk kamu cuba.
Real Color Nail – Spring (6ml) RM13 innisfree
NAILS INC Nailkale Nail Polish (14ml) RM89 Sephora
OPI Infinite Shine (Japanese Rose Garden) RM80 OPI
CIATE LONDON Gelology Nail Polish (13.5ml) RM70 Sephora
3CE Take A Layer Nail Lacquer RM29.60 Hermo
ORLY Color Blast Aqua Neon (11ml) RM29 ZALORA