(Dari Kiri) : Priyanka Chopra & Nick Jonas, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin dan Ashtin Kutcher & Demi Moore.

 

Ada berpendapat bahawa perbezaan umur yang ketara di antara pasangan boleh membuatkan sesebuah perhubungan itu berisiko. Tapi ada juga yang berpendapat bahawa jarak usia boleh mematangkan seseorang yang muda.

 

Contoh terbaru adalah pasangan pengantin selebriti baharu kita yang membabitkan penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin. Zizi, 36 memilih Yusuf, 29 sebagai pasangan hidup biarpun mempunyai jarak usia 7 tahun di antara mereka. Majlis pernikahan ringkas telahpun selamat dilangsungkan pada pagi Ahad, 19 September 2021.

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?
Foto : By Nana Azman Studio

Pasangan yang dikhabarkan mula bertambah rapat kira-kira dua bulan lalu menerusi rakaman program All Together Now Malaysia itu melalui fasa pengenalan yang cukup menarik apabila masing-masing tidak berjumpa seperti pasangan kekasih lain disebabkan kekangan musim pandemik.

Sebaliknya, mereka hanya berhubung menerusi telefon saja! Haa, korang mampu tak? Hehe..

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

“Alhamdulillah dengan izin Allah, kami selamat ddiijab kabul dengan sekali lafaz. Terima kasih untuk doa dari keluarga, sahabat dan kalian semua, semoga Allah memberkati kita semua.” -Zizi Kirana. Foto : By Nana Azman Studio

REMAJA tumpang gembira apabila bertambah satu lagi pasangan selebriti yang tidak menjadikan perbezaan usia itu sebagai satu halangan. Bak kata orang, usia itu hanyalah angka dan tidak bermakna sekiranya perasaan sayang itu tulus dah ikhlas.

Tak percaya ia boleh berkesan? Cer tengok 11 lagi pasangan lelaki muda dan perempuan yang lebih berusia ini.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Priyanka Chopra & Nick Jonas

Perbezaan Usia: 10 tahun

Hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas diakhiri dengan perkahwinan pada Julai 2018. Majlis tersebut langsung membuatkan semua orang bercakap mengenainya. Bagaimana ia boleh menjadi setular ini?

Pertama disebabkan campuran budaya. Kedua tentunya disebabkan perbezaan usia mereka. Tapi kalau difikirkan kembali, jarak 10 tahun itu sebenarnya normal pada zaman sekarang.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Noor Neelofa & Haris Ismail

Jarak Usia: 6 Tahun

Benar, episod awal hubugan Muhammmad Harris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa ini telah berdepan cabaran yang boleh dikatakan getir juga setelah mereka berdepan kontroversi diikuti dengan kontroversi. Namun, pasangan ini berjaya menempuhi dan rezeki mereka semakin murah.

Baru-baru ini, perniagaan pelitup muka Nun Ha milik mereka telah dilaporkan habis terjual sebanyak 220,000 keping sebelum pelancaran rasminya lagi. Cabang perniagaan ini telahpun dirancang mereka sejak hujung tahun lalu lagi sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Ads

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Liam Payne & Cheryl Cole

Perbezaan Usia: 10 tahun

Satu lagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia 10 tahun! Okay fine, Liam dan Cheryl telahpun berpisah anak satu. Tetapi pada tahun 2016, mereka cukup bahagia ketika Cheryl melahirkan anak pertama mereka pada tahun 2017. Setakat bertahan 2 tahun saja, hhm..

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Ariff Aziz & Datuk A. Aida

Jarak Usia: 18 Tahun

Fuh, ni memang legend. Setelah diijab kabulkan tiga tahun lalu, Ariff mengajak Datuk A.Aida untuk memancing udang pada hari kedua sebagai suami isteri. Sweet dan lain daripada yang lain. Namun itulah, jodoh mereka berdua tidak berpanjangan setelah sah berpisah pada tahun 2019.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Ryan Gosling & Eva Mendes

Jarak Usia: 6 tahun

Sejak 2011, Ryan dan Eva  tak boleh berenggang walaupun ada khabar angin mengatakan hubungan mereka agak goyah. Eva melahirkan anak pertama, Esmeralda Gosling pada September 2014 dan anak kedua, Amada pada Mei 2016.

 

Ads

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Ryan Gosling & Sandra Bullock

Jarak Usia:16 tahun

Wow, nampaknya Ryan memang sukakan wanita berusia sejak muda lagi! Sebelum Eva, bekas ahli The Mickey Mouse Club ini pernah berpacaran dengan Sandra Bullock yang jauh lebih matang pada tahun 2002.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Fattah Amin & Nur Fazura

Jarak Usia: 7 tahun

Sweet sangat ucapan Fazura terhadap Fattah sempena Hari Bapa,, kira-kira dua tahun lalu. Fazura yang kehilangan arwah ayahnya, Sharifuddin Adnan lebih 20 tahun lalu nyata terkesan dengan pemergian tersebut.

Namun setelah berkahwin, Fazura dapat melihat sisi personaliti yang hampir sama di antara arwah dan juga suaminya, Fattah Amin. “Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.”

InsyaAllah, cinta pasangan Hero Seorang Cinderella ini akan terus kukuh bersama. Amin!

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Ashton Kutcher & Demi Moore

Jarak Usia: 15 tahun

Ads

Okay, makin ramai pasangan jarak usia jauh yang telah bercerai.

Ini termasuklah Ashton dan Demi. Pasangan ini memang epik kerana tak semua orang boleh menerima hakikat Demi memilih Ashton pada waktu lelaki itu kelihatan ‘mentah’ dan menurut mereka, “tak sama taraf dengan beliau”.

Selepas dua tahun berkahwin, akhirnya ramalan jadi kenyataan apabila mereka bercerai pada November 2013.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Gerard Pique & Shakira

Jarak Usia: 10 tahun

Tapi tak semuanya bercerai okay!

Pemain bola sepak dan penyanyi Amerika Latin ini telah bersama sejak tahun 2010 dan kini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Milan dan Sasha Pique Mebarak.

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Zain Saidin & Rozita Che Wan

Jarak Usia: 11 tahun

Kecoh satu Malaysia pada tahun 2013 apabila ura-ura pelakon, Rozita Che Wan berpasangan dengan ‘pucuk muda’ menjadi realiti. Rozita, 48, dan Zain, 37, pada 2013 kemudian dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun.

Dalam temubual baru-baru ini, Che Ta mengakui perbezaan usia yang wujud memerlukan mereka berdua selalu bertolak ansur untuk mengelakkan salah faham. Bagi Che Ta, dalam perkahwinan untuk ada pasang surut. Namun hubungan mereka baik-baik sahaja hingga sekarang. “Suami pun ada kala bersifat kebudak-budakkan, jadi kita kenalah toleransi.”

 

Trend Lelaki Sukakan Perempuan Lebih Berusia Atau Memang Dah Jodoh?

Benji Madden & Cameron Diaz

Jarak Usia: 7 tahun

Setelah melangsungkan perkahwinan pada Januari 2015, nampaknya hubungan Benji dan Cameron masih kekal sehingga kini! Hubungan mereka bertambah erat dengan kehadiran anak perempuan yang dinamakan Raddix pada tahun 2020. Interesting name..

Hubungan yang berjaya kekal seperti ini adalah sesuatu yang jarang sekali berlaku di Hollywood. Cameron sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan selebriti lelaki muda lain seperti Justin Timberlake.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI