Banyak perkara yang terpaksa dikekang sepanjang musim pandemik ini sehingga mendatangkan rasa rindu untuk kembali menjalankan kehidupan normal seperti sebelum ini.

Akan tetapi, penulis tidak menafikan musim pandemik juga telah menjadikan kita lebih kreatif setelah menetap di rumah selama berminggu-minggu. Kita mula peka dengan orang yang berada di hadapan kita seperti ahli keluarga dan rakan serumah. Kita juga mula mengerti cara-cara menjadikan gaya hidup kita lebih mudah dan menarik.

via GIPHY

Mungkin disebabkan itu, sekarang ramai yang obses dengan trend mod lampu dalam bilik tidur. Trend menggunakan lampu untuk mengubah mood bilik tidur dalam sekelip mata sudah menjadi ikutan ramai sejak musim pandemik bermula tahun lalu.

And what is not to like?

Jika ingin ketenangan, warna-warna lembut dan kelam akan dipilih. Apabila inginkan energy dan semangat menyiapkan sesuatu, warna lampu yang sedikit hangat boleh dicuba.

Ads

Tanpa perlu mengubah susunan perabot di dalam bilik tidur, lampu je sudah mencukupi!

via GIPHY

Justeru, REMAJA tercari-cari jenama manakah yang menawarkan lampu sedemikian rupa. Ia haruslah berharga mampu milik, mudah digunakan dan paling penting, menepati mood yang kami cari.

Ads

Sekiranya korang juga terfikir untuk membelinya, mungkin korang akan tertarik dengan jenama Signify. Dahulunya lebih dikenali sebagai Philips Lighting, Signify baru-baru ini telah melancarkan rangkaian lampu LED ‘WiZ’ generasi baharu.

Sistem smart lighting ini memang mudah untuk dikawal.

Pertama sekali, terpulang kepada korang untuk mendapatkan jenis lampu bersesuaian. Contohnya, jika korang mempunyai lampu meja, lampu dinding atau lampu gantung yang menggunakan mentol, pilihlah WiZ Tunable White Bulb + Color Bulb.

Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood! Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood! Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood!

Ads

Lampu downlight WiZ Tunable pula adalah untuk kegunaan siling. Manakala, WiZ LED Strip Lighting sepanjang 1-2 meter pula sesuai jika korang ingin menyalakan bahagian kepala katil, bawah sofa, belakang meja dan sebagainya. Pilihan bergantung kepada jenis ruang bilik tidur.

Apa yang membuatkan lampu WiZ daripada Signify ini mudah digunakan adalah kerana ia boleh dihubungkan terus ke telefon pintar korang secara Wi-Fi. Apa yang perlu dilakukan adalah muat turun aplikasi WiZ App dan kawal kehangatan lampu serta warna yang diinginkan menggunakan telefon.

Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood!Trend Mod Lampu Bilik Tidur Semakin Jadi Kegilaan : Satu Mentol, Macam-Macam Mood!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farisa Safrina (@farisafrina)

Lampu WiZ ini juga boleh dihubungkan ke peranti kawal-suara. Sebutkan saja mod ‘Wake Up’, ‘Focus’, ‘Candlelight’, ‘Fireplace’, ‘Romance’ atau ‘Forest’; keseluruhan bilik tidur akan bertukar mengikut mod tersebut!

Of course, ia tidak tertakluk kepada ruang bilik tidur saja. Korang boleh menggunakannya di mana-mana ruang yang diingini. Senang sangat.

Bagi yang baru ingin mencuba trend mod lampu, this is our best bet. Lagipun, harganya bermula dari RM69.90 hingga RM299.90 saja dan ia dijamin selamat digunakan. Haa, itu yang penting.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI