Kecoh hari ini tentang trend menipiskan bibir yang menjadi kegilaan masyarakat Asia. Pembedahan yang tidak mengambil masa lama, antara 15-30 minit sahaja selain kos agak murah RM8000 membuatkan ramai gadis remaja berlumba-lumba melakukannya?
Trend ini dah sampai ke Malaysia ke belum? Saja-saja je tanya!
Bukan apa, masyarakat kita antara mereka yang gemar meniru. Kalau tidak tak adalah trend kening bulu pelepah, trend bulu hidung bersepah dan banyak lagi terus menjadi kegilaan.
Sebelum berani-berani nak cuba, konon nak nampak cantik, baca penjelasan dari Pakar Estetik, Dr Rushmini Maris Ismail yang juga merupakan Pakar Hormon dan Sakit Puan dari Marissa Aesthetic mengenai isu ini.
Katanya, setiap manusia itu cantik. Ketidaksempurnaan yang sering dirasakan sebagai satu beban itulah sebenarnya yang membuatkan wajah seseorang kelihatan jauh lebih cantik berbanding melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
jelas Dr Rushimi, sebagai pakar estetik, dia tidak menolak pembedahan menipiskan bibir ini kerana kecantikan wajah seseorang bergantung kepada simetri wajahnya.
“Nipiskan bibir mungkin trend baru kerana setiap manusia itu bergantung kepada simetri wajahnya. Tapi apa yang harus mereka fahami, kalau kita hanya menipiskan bibir, mungkin jarak antara hidung, kening, mata dan sebagainya sudah jadi tidak sekata.
“Bila bibir sudah sempurna, kita rasakan cantik, simetri wajah ini mungkin tidak sesuai dengan bentuk hidung dan mata pula. Jadi kita akan cuba melakukan pembedahan lain semata-mata henda nampak sempurna. Jadi tak akan ada kesudahan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam setiap pembedahan, pasti wujud risiko, sama ada sedikit atau banyak.
“Apabila kita melakukan pembedahan, ada sesetengah jenis manusia mempunyai masalah dengan keloid atau parut besar. Bayangkan, kalau tubuh kita tak sesuai kerana seorang individu itu berbeza setiap satu, keloid besar akan tumbuh di bibirnya dan terus kekal di situ.
“Untuk nampak cantik pula, kita buat pembedahan, lagi dan lagi. Inilah satu-satunya risiko pembedahan iaitu keloid @ parut hidup,” katanya.
Memberikan pandangan secara peribadi, bukan sebagai pakar estetik, kata Dr Rusmini, ketidaksempurnaan itulah sebenarnya yang mencantikkan seseorang.
“Saya selalu perhatikan, yang ganjil itulah sebenarnya cantik. Itu menjadikan mereka berbeza dari orang lain. Kalau terlalu memilih sempura, kita tak akan pernah puas kerana kita akan ketagihan melakukan pembedahan demi pembedahan semata-mata hendak nampak cantik,”katanya.
Sebaik-baiknya, kalau betul-betul hendak cantik atau mahu mencantikan wajah, kata Dr Rushmini, jangan lakukan pembedahan secara kekal. Sebaliknya perbaiki (enhance) wajah dengan pelbagai teknik sedia ada. Contohnya kalau bibir gelap, kita boleh cerahkannya dengan teknik rawatan sedia ada.
Jadi sebelum mencuba-cuba, bacalah dan fikirlah betul-betul ya. Jangan sampai terlampau nak cantik jadi hodoh pula. Lelaki ini biasanya akan beralih mencari lain kalau kekasihnya sudah tidak cantik. Betul ke kenyataan ini wahai lelaki? Cuba komen sikit!
Bibir yang sihat berwarna sedikit kemerahan dan kelihatan lembap meskipun tidak disapu sebarang losen atau pelembap bibir. Kulit bibir yang tipis akan berwarna sekata.
Masalah pada bibir yang sering terjadi adalah kulit bibir kering dan mengelupas. Biasa bila kita alah pada gincu atau losyen. Masalah lain adalah ulser mulut iaitu luka kecil dalam mulut.
Ambillah Vitamin C dengan banyak dan ubat sapuan bagi meredakan masalah ini. Sapukan juga lips conditioner yang mengandungi vitamin dan pelembap tinggi yang baik untuk bibir.
Kalau ulser sudah merebak, antibitik diperlukan. Ada masalah lebih serius, gusi dan halitosis iaitu mulut berbau akan terjadi. Kalau ini terjadi, jumpa doktor tanpa bertangguh.