Trend Pipi Kurus Dan ‘Jawline’ Timbul. Bahaya Atau Tidak Buang ‘Buccal Fat’?

Share

Macam-macam trend menjadi ikutan di laman TikTok ini. Jika sebelum ini, trend dan video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata menjadi kegilaan ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Solekan Mata Sembab Seakan Lepas Menangis Kini Popular Di TikTok, Ini Caranya!

Terbaru, pembedahan membuang lemak di kawasan pipi, atau istilah popular pembuangan lemak bukal, menjadi perhatian warga TikTok dan trend terkini dalam dunia kecantikan. Kini ramai wanita sanggup menahan kesakitan dengan menjalani pembedahan pipi kurus ini.

Malah, wajah bintang “Glee” iaitu Lea Michele turut menjadi perhatian apabila menayang wajah ‘baru’ nya yang kelihatan lebih runcing. Ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat. Ia sekaligus memberi efek muka lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.

Apa itu ‘Buccal Fat’?

Pembuangan Buccal fat atau Bichectomy (Buccal Lipektomi) dikenali dengan pembedahan plastik kecantikan bagi pengurangan pipi tembam. Ini dalah prosedur dan teknik menghilangkan kelebihan lemak pada bahagian pipi dan mengurangi volume pada wajah sehingga terlihat lebih tirus.

Foto Via CNN

Lemak bukal, atau buccal fat, terdapat di bahagian tengah pipi yang memberikan penampilan lebih kelantangan dan pipi tembam. Membuang lemak di kawasan tersebut boleh menjadikan wajah lebih kurus. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara bak wajah supermodel.

Kesan Dan Risiko

Cumanya ia tetap satu perkara yang boleh mendatangkan kesan yang tidak elok bukan? Iyalah..nama pun pembedahan plastik.

Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan ‘lemak semulajadi’ ini boleh beri risiko baru pada perubahan wajah. Pertamanya, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ia mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.

Foto – Bella Vou

Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua dari usia. Perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus.

Perlu ingat juga, secara semulajadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia.

Sebelum ini, REMAJA juga ada berkongsi tip meruncingkan wajah dan timbulkan jawline korang dengan teknik urutan Gua Sha. Paling penting selamat dan semulajadi.

BACA : Wajah Berubah Runcing Macam Buat Pembedahan Dengan Urutan Batu Gua Sha, Ini 5 Caranya!

Sumber (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana