![](https://cdn.remaja.my/2021/07/TOP-ROTI-JALA-696x365.jpg)
Siapa sangka kuih tradisional roti jala kini tampil dengan ‘wajah baru’ yang lebih hipster dan menarik perhatian. Kalau dulu kita makan roti jala dengan kuah kari, hari ini ada juga penjual yang menjualnya dengan pencicah coklat.
Selepas kek marble jelita, kini roti jala jelita pula menjadi trend dan kegilaan ramai. Rekaan warna-warni dengan aneka hiasan membuatkan ramai yang rasa ‘sayang’ untuk menikmatinya.
Ada yang berbentuk bunga, karakter kartun dan kini roti jala jelita ini juga menjadi pengganti kek untuk sambutan ulang tahun kelahiran.
Jom kita lihat antara hidangan viral roti jala jelita yang dikongsi di laman Facebook Kelab Roti Jala ini.
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/dTocLPK3-1.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/akbhKWrp-2.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/0ZtJjQRX-3.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/3AxW8r0f-4.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/Rzrp7VdG-5.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/uay0SmDr-6.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/RYa2yuXc-7.jpg)
![Trend Roti Jala Jelita Semakin Viral, Rekaan Comel Jadi ‘Sayang’ Nak Makan](https://cdn.remaja.my/2021/07/amC8rIWO-8.jpg)
Fuh, sikit punya cantik macam ni memang sayanglah nak makan. Hehe! Memang kreatif betul orang-orang Malaysia ni, lagi-lagi dalam waktu PKP ni banyak benda kita boleh cuba.
Kami doakan agar peniaga-peniaga kecil ini terus diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Sumber: (1)
Lelaki Ini Kongsi Masih Ramai Pelajar Yang Gembira Duduk Di Kolej Sepanjang PKP
![](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/04/TOP-STUDENT.jpg)
Kalau sebelum ini kita mendengar rungutan daripada pelajar universiti tentang bantuan makanan yang diberikan sepanjang musim PKP ini, sebenarnya masih ramai lagi mahasiswa yang bersyukur dan menghargai setiap apa yang diberikan kepada mereka,malah ianya lebih daripada cukup.
Melalui perkongsian daripada Rf Lias, jelasnya tidak adil sekiranya kita hanya membaca tweet pelajar yang tertekan duduk di kampus sahaja, sebaliknya masyarakat perlu ambil contoh dari sudut positif pelajar yang gembira tinggal di kolej sepanjang PKP berlangsung.
Lelaki ini turut berkongsi antara beberapa tweet daripada pelajar universiti yang melahirkan rasa kesyukuran dengan apa yang mereka dapat.
Malah, ramai juga yang menyokong tidak semua pelajar begitu ‘demand‘ dan cerewet dan menyifatkan mereka yang pernah hidup susah sahaja yang tahu bagaimana rasa bertuahnya badan bila diberi bantuan seperti ini.
Jadi, sebenarnya masih ramai lagi pelajar universiti yang bersyukur dan gembira di kolej mereka sepanjang PKP. Sama-samalah kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa dilindungi.
Sumber: Rf Lias & Khairul Azri
“Perokok Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Sudah Dikuatkuasa” Hhm, Hello?
![](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/01/Untitled-design-4.jpg)
Isi Kandungan
ToggleSejak semalam, 1 Januari 2020 larangan merokok di kedai makan sudah dikuatkuasakan. Denda sebanyak RM250 terhadap perokok engkar dan pekedai yang mengendahkan larangan ini akan turut disaman.
Dalam ratusan premis kedai makan yang diperiksa bermula semalam di seluruh negara, sudah ada individu disaman (syabas sebab laksanakan tugas dengan tegas) malah di Pahang sahaja sudah 51 orang disaman.
Di sebalik kisah saman perokok ini, ada perokok yang merayu-rayu agar mereka tidak disaman dan meminta hanya diberikan amaran sahaja.
Eloo brader. Orang dah bercerita macam-macam termasuk jokes Malaysia nak ada kereta terbang. Lagi pun nie dah masuk tahun 2020, takkan la isu tak boleh merokok di kedai makan brader ketinggalan?
So korang rasa apa patut kita gelarkan orang ketinggalan kecanggihan media sosial nie?
![“Perokok Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Sudah Dikuatkuasa” Hhm, Hello?](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/01/larangan-merokok.jpg)
![“Perokok Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Sudah Dikuatkuasa” Hhm, Hello?](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/01/file73g1yj8rknl1f3hbynqx.png)
Baca laporan penuh BERNAMA mengenai saman perokok yang berkuas kuasa semalam.
Masih ada yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh di seluruh negara, hari ini.
Menerusi operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dijalankan di beberapa negeri, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan tersebut, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.
Bagi mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
KUALA LUMPUR
empat notis kompaun dikeluarkan dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan di tiga lokasi bermula kira-kira 11.30 pagi tadi.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Titiwangsa Nordayana Musa yang mengetuai operasi itu berkata, ada perokok yang merayu supaya hanya diberikan amaran dengan memberi alasan tidak tahu mengenai penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
PAHANG
51 individu menjadi kumpulan pertama dikenakan kompaun kerana ingkar larangan tidak merokok dalam premis makanan di seluruh negeri itu, setakat 2 petang tadi.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata empat premis makanan juga dikenakan kompaun masing-masing dua atas kesalahan membenarkan pelanggan merokok dan tidak menampal notis larangan merokok.
“Sehingga kini, sebanyak 656 premis perniagaan makanan telah diperiksa dan kita akan meneruskan operasi ini sehingga tengah malam dengan sasaran utama medan selera dan restoran 24 jam,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau memaklumkan pelaksanaan Op PPKHT yang bermula 9 pagi tadi, melibatkan 186 kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pahang.
NEGERI SEMBILAN
Operasi yang dijalankan secara serentak oleh 95 pegawai penguat kuasa dari tujuh Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri itu merekodkan 42 notis dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 379 premis makanan.
Ketika ditemui pemberita, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datuk Dr Zainuddin Mohd Ali berkata tujuh daripada notis itu dikeluarkan kepada pemilik premis berkaitan kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan merokok.
Lapan notis pula dikeluarkan berkaitan tanggungjawab pemilik dalam memastikan bahawa tiada individu merokok di dalam premis mereka.
PERAK
Lima premis makanan di sekitar Jelapang, Ipoh diperiksa dalam operasi selama dua jam bermula 10 pagi membabitkan 16 kakitangan Pejabat Kesihatan daerah Kinta.
Sepanjang operasi berkenaan, tinjauan Bernama mendapati rata-rata pengusaha makanan terkejut dengan kehadiran kakitangan itu ke premis makanan mereka seolah-olah tidak peka dengan penguatkuasaan larangan merokok yang telah bermula hari ini.
Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan dengan pelanggan akur dengan mematuhi arahan selain pengusaha makanan turut meletakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.
Di KELANTAN, tinjauan Bernama di premis-premis makanan terutamanya di kawasan kampung mendapati masih terdapat individu yang tidak mengendahkan penguatkuasaan larangan merokok tersebut.
— BERNAMA
Patut Tahu: Lelaki Juga Harus Cukur Bulu Kemaluan
![](https://cdn.remaja.my/2018/02/topsie.jpg)
Isi Kandungan
ToggleMencukur atau merapikan bulu kemaluan bagi kaum lelaki adalah disarankan demi menjaga kebersihan di sekitar alat kelamin.
Namun, anda harus tetap berhati-hati jika ingin mencukur bulu kemaluan kerana jika dilakukan secara sembarangan dan tidak menggunakan alatan yang bersih, ia dapat mengundang masalah-masalah yang lain, antaranya adalah seperti:
• Mencukur bulu sehingga licin adalah berbahaya kerana dapat mengakibatkan wujudnya virus moluskum kontagiosum dengan cepat dan merebak ke seluruh alat kelamin. Ini juga dapat meningkatkan risiko penyakit kelamin.
• Mencukur bulu secara sembarangan boleh menyebabkan ketumbuhan kutil di sekitar alat kelamin. Ianya dapat dikesan dengan benjolan kecil di sekitar tempat tumbuhnya bulu kemaluan yang pernah dicukur. Benjolan itu akan merebak ke bahagian pangkal paha yang akan menyebabkan rasa ngilu dan tegang pada bahagian otot.
![Patut Tahu: Lelaki Juga Harus Cukur Bulu Kemaluan](https://cdn.remaja.my/2018/02/TOP-CUKUR.jpg)
• Mencukur secara total dapat mengakibatkan risiko terjadinya radang dan jangkitan pada kulit yang menyebabkan luka dan kegatalan yang melampau.
• Mencukur dengan alatan yang tidak disteril juga dapat mengundang bakteria melalui air yang mengandungi kuman dan dikhuatiri akan dijangkiti jangkitan Herpes.
• Mencukur dalam keadaan tergesa-gesa dapat mewujudkan bukaan pori-pori kulit yang mudah terkena jangkitan dan mempercepatkan penularan penyakit kelamin seperti HiV Aids dan siflis.
Manfaat bercukur
Walau bagaimanapun, sebagai seorang lelaki yang cintakan kebersihan, anda juga perlu tahu apakah tujuan sebenar mencukur bulu kemaluan.
1. Untuk kebersihan dan kesihatan.
Dengan mencukur, anda akan terhindar daripada bakteria dan kotoran yang menyebabkan jangkitan pada kulit.
2. Agar kemaluan lebih proposional
Bulu di sekitar kemaluan jika dirapikan dengan sempurna dapat memberikan kesan pada ukuran penis supaya terlihat lebih besar dan bersih. Bulu yang lebat dan tidak terurus hanya membuatkan penis tidak kelihatan bersih dan sihat.
3. Elak daripada berbau
Bau yang tidak enak dari sekitar kemaluan dapat membuatkan anda rasa rendah diri dan menyebabkan tumbuhnya tungau atau kutu kelamin yang tersembunyi di sebalik kemaluan.
Berikut REMAJA sertakan sekali cara-cara untuk meningkatkan kesihatan setelah mencukur bulu kemaluan anda.
• Pilih pakaian dalam jenis cotton kerana lebih mudah menyerap peluh dan mampu mencegah bakteria tidak baik.
• Ganti pakaian dalam anda setiap hari setelah selesai mandi atau ketika hendak masuk tidur.
• Mencuci kemaluan dengan air hangat dan kurangkan menggunakan gel pembersih atau sabun khas untuk pembersih kemaluan kerana ia dapat mengakibatkan iritasi dan pedih.
• Tidak memakai bedak atau deodoran di sekitar alat kelamin kerana bahan kimianya berpotensi menyebabkan iritasi dan kegatalan setelah bercampur dengan peluh.
• Tidak memakai pakaian dalam yang masih basah atau lembab.
• Memakai gunting atau alatan lain untuk mencukur bulu tetapi hendaklah dipastikan ianya masih baru dan benar-benar tajam.
Jika mahu menggunakan alat yang sama dengan penggunaan lebih daripada satu kali, bersihkan terlebih dahulu dengan cairan alkohol.
• Tidak memakai pakaian dalam orang lain atau saling bertukar dengan rakan-rakan kerana dapat menyebabkan penularan bakteria atau penyakit yang tidak diketahui.
Menjaga kesihatan alat kelamin ini sebenarnya tidak susah, asalkan anda mengikuti langkah-langkah yang disarankan ini dan InsyaAllah kebersihan dan kesihatan kemaluan anda turut sama terjaga.