Artis milik masyarakat. Inilah yang sering kita dengar apabila seorang individu menceburi dunia hiburan. Tak hairanlah kerana perkataan “artis milik masyarakat”, trend memalukan artis kebelakangan ini semakin galak berlaku di media sosial.
Bermula isu body shaming, isu warna kulit, kutuk mengutuk, komen jelik dan berbaur lucah antara yang sering kita baca di mana artis yang terkena akan menyuarakan kekesalan hati mereka apabila reputasi mereka tercalar. Sebagai manusia biasa, “siapa boleh tahan” kalau hari-hari menerima cercaan dan sudah pasti kesabaran akan menipis.
Tentu peminat masih ingat isu penyanyi Misha Omar yang memberi tempoh 7 hari kepada peminat kerana memfitnahnya menggunakan Mak Esah (bomoh) selepas dirinya memenangi Anugerah Juara Lagu ke 33.
Dua netizen ini antara yang menerima teguran selepas memalukan Misha Omar dengan membuat dakwaan wujud Mak Esah selepas Misha diumumkan sebagai juara dalam Juara Lagu yang lalu
Insiden itu bermula hanya kerana peminat, Zahar, 27 tahun yang tidak berpuas hati kerana penyanyi kesukaannya, Siti Sarah Raisudin tidak memenangi apa-apa gelaran dan menuduh Misha menggunakan Mak Esah untuk menang pertandingan tersebut. Lelaki berkenaan akhirnya meminta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya dan mengaku bersalah selepas peguam mewakili Misha menuntut pemuda berkenaan membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan saman.
Linda Rafar dilihat agak berani dengan mengemukakan tindakan saman terhadap 100 individu yang bertindak memalukannya di media sosial dengan komen keterlaluan berikutan kesnya dan jururawat suatu masa lalu
Masih ingat dengan kes Linda Rafar dengan jururawat sehingga ramai mengeluarkan komen jelik dan menyakitkan hati sehingga memaksa pelakon berkenaan mengambil tindakan saman terhadap 100 individu kerana memalukannya di media sosial?
Isu tersebut masih berjalan malah ada doktor yang diberikan surat saman sebanyak RM4 juta berikutan kes yang tular di media sosial ini.
Isu warna kulit turut menjadi bahan ejakan netizen sehingga memaksa emaknya mengambil tindakan membuat laporan polis kerana sudah keterlaluan.
Kala ini, kecoh tentang isu warna kulit yang dihadapi oleh Artis Baru Wanita Popular, Haneesya Hanee di ABPH 32 sehingga ada peminat menyamakan warna kulitnya itu seperti Hajar Aswad sehingga memaksa ibunya membuat laporan polis kerana sikap keterlaluan netizen yang sentiasa menyakiti hati artis berbakat ini.
Jasmin Hamid antara artis yang berjaya menyaman peminat kerana menyamakan wajah anak perempuannya seperti bapok yang mana menurutnya ia harus menjadi pengajaran kepada orang lain untuk melontarkan kata-kata selepas ini terhadap individu lain
Sebelum itu, isu pelakon Yasmin Hamid turut berjaya memenangi saman malu selepas anak angkatnya digelar bapok oleh netizen dan memaksa permohonan maaf secara terbuka dilakukan oleh netizen yang memalukan anaknya di media sosial.
Sikap netizen yang agak keterlaluan membuatkan penyanyi kesayangan ramai Dato Siti Nurhaliza turut menjadi mangsa kecaman di media sosial sehingga memaksa pengurusnya, Rozi membuat kenyataan tidak teragak-agak mengambil tindakan selepas ini
Begitu juga pengurus artis popular Dato Siti Nurhaliza iaitu Rozi yang akan mempertimbangkan tindakan saman selepas Dato Siti dimalukan di media sosial oleh netizen yang agak biadap melontarkan komen.
Ads
Baby Shima antara mangsa netizen yang kurang ajar di media sosial
Terbaru, penyanyi Baby Shima yang menjadi mangsa “kelucahan melampau” remaja yang menghantar mesej lucah kepadanya memberi amaran serius kes berkenaan.
Membuktikan dakwaannya benar, Shima memuatkan tangkap layar itu sebagai bukti sambil memberi amaran di ruang sama. Dalam kenyataannya, Baby Shima berkata, “Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni. Telefon kena godam.
“Masih ada yang tidak sedar diri lagi rupanya! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda,” coretnya.
Ads
Adakah netizen berfikir artis milik masyarakat? Sebelum itu perlu faham apa azab perlu korang hadap kalau tertangkap mengeluarkan komen jelik kepada individu lain.
Apa ada di sebalik Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (Akta 588)
Disebabkan artis manusia biasa punya hati dan perasaan sebagaimana individu lain, pastinya mereka tidak terlepas membuat tindakan susulan jika terus dimalukan. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:
Seksyen 211: Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik
Ads
(1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Manakala di bawah Seksyen 233 (1) (b) pula mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.
Jadi sebelum komen jelik-jelik dan menyakitkan hati, perlu fikir maksud ini, benarkah ARTIS MILIK MASYARAKAT? Atau sebenarnya ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT?
Mereka punya hati dan perasaan dan sebagaimana kita tidak mahu hati kita disakiti, jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telah berlangsungnya Majlis Jamuan Negara yang diadakan di Istana Buckingham apabila Raja Charles menerima kunjungan diplomatik daripada Presiden Korea Selatan, Yoon Sook Yeo dan isteri, Kim Keon Hee.
Dalam majlis yang dihadiri oleh 170 tetamu jemputan itu, antara personaliti yang menarik perhatian semestinya kelibat Princess of Wales, Kate Middleton yang anggun mengenakan busana gaun petang rona putih rekaan Jenny Packham.
Melengkapkan gayanya sebagai seorang puteri raja semestinya sebuah tiara yang terletak cantik di kepala. Namun tahukah anda? Tiara yang digayakan oleh Kate pada malam tersebut merupakan tiara yang sudah lama tidak dilihat umum.
Kenapakah mahkota ini diberi julukan ‘the forgotten crown’?
Ini disebabkan tiara yang direka berbentuk karangan bunga itu tidak pernah dilihat dalam hampir sembilan puluh tahun sejak 1930-an lagi!
Moyang Putera William, Queen Elizabeth the Queen Mother & King George VI.
Diberi nama ‘The Strathmore Rose Tiara’, Ia merupakan sebahagian daripada koleksi mendiang Queen Elizabeth the Queen Mother yang merupakan moyang kepada Putera William.
Menurut The Court Jeweller, nama aksesori itu berasal daripada bapa Queen Elizabeth the Queen Mother, yang merupakan Earl of Strathmore dan Kinghorne, dan merupakan hadiah perkahwinan apabila dia berkahwin dengan Putera Albert (kemudiannya dikenali sebagai Raja George VI, bapa Queen Elizabeth II).
Dengan kemunculan semula tiara ini, ia menjadikan Kate orang kedua yang memakai tiara Strathmore Rose di khalayak ramai.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanggapan bahawa supermodel terkenal di seluruh dunia hanya memakai produk berjenama mewah saja dalam rutin kecantikan harian mereka ternyata meleset.
Nampaknya, mereka turut bergantung harap kepada produk kecantikan dan penjagaan kulit yang mampu milik serta dimiliki oleh ramai remaja di luar sana.
Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi berkenaan beberapa jenis produk drugstore yang digunakan oleh teman wanita Zayn Malik iaitu Gigi Hadid. Ada di antara senarai produk tersebut telah menjadi kewajiban buatnya sejak zaman sekolah lagi.
Baru-baru ini menerusi hantaran Instagram Story, Gigi kongsikan rutin penjagaan kulitnya selepas menamatkan sesi photoshoot.
Bukan hanya senarai produk Gigi ini mudah digunakan malahan juga popular dan mampu milik. Gigi terlebih dahulu meletakkan ‘disclaimer’ bahawa dirinya tidak dibayar untuk mencadangkan produk-produk ini dan dia benar-benar menggunakan.
Selain daripada 5 produk ini, Gigi juga pernah berkongsi mengenai semburan deodoran yang digunakan olehnya daripada BLUME.
Penulis sendiri tidak sabar untuk mencuba cadangan Gigi Hadid ini!
Sebagai seorang model profesional, tentunya dia telah memperolehi pelbagai tip dan trik menjaga kulit daripada pakar serta jurusolek terkenal di backstage.
Selama bertahun-tahun lamanya, pertandingan ratu cantik Miss Universe telahpun menggunakan slogan ‘Confidently Beautiful’ atau Cantik Dengan Keyakinan sebagai moto utamanya.
Malah jika korang masih ingat, pada tahun 2015, juara Miss Universe pada edisi tersebut iaitu Pia Wurtzbach dari Filipina turut menyelitkan slogan berkenaan dalam jawapan akhirnya.
Antaranya, ia berbunyi, “Saya ingin menunjukkan kepada dunia, ataupun alam semesta, bahawasanya saya cantik dengan keyakinan menyeluruh dan hati yang suci. Terima kasih,” jawabnya.
Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach.
Lantas, apabila semalam Miss Universe mengumumkan bahawa organisasi itu akan menukar slogan berkenaan daripada ‘Confidently Beautiful’ kepada ‘Beautifully Confident’, ramai yang tertanya-tanya sebab di sebalik penukaran itu dan sekiranya ada perbezaan besar antara duanya.
Iyalah, dengar macam sama. Tukarkan kedudukan perkataan sahaja.
Menurut kenyataan Miss Universe, penukaran slogan ini merupakan satu bentuk evolusi organisasi itu dalam memperkasakan wanita kuat di seluruh dunia menerusi pertandingan yang mereka anjurkan. Lantas, fokus terhadap kecantikan kini telah dialihkan kepada ‘attitude’ dan keyakinan yang ada pada seseorang wanita.
Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu.
“Seorang duta Miss Universe ialah seseorang yang berfikiran luas, inovatif, berani dan dikuasai oleh kepercayaannya sambil terus komited untuk menghormati hak, perbezaan dan maruah insan lain. Duta-duta kami membina asas kemasyarakatan yang kuat di seluruh dunia lalu memupuk rasa kekitaan,” catat CEO terbaru organisasi Miss Universe, Amy Emmerich.
Perubahan slogan ini sekaligus menutup jilid lama Miss Universe yang dahulunya terkenal dengan melantik pemenang berdasarkan rupa paras semata-mata sekitar era 2000-an sewaktu ia dipimpin oleh Donald Trump.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.