TREND SAMAN PEMINAT! Siapa 6 Artis Popular Pernah & Cuba Kemuka Saman?

Share

Artis milik masyarakat. Inilah yang sering kita dengar apabila seorang individu menceburi dunia hiburan. Tak hairanlah kerana perkataan “artis milik masyarakat”, trend memalukan artis kebelakangan ini semakin galak berlaku di media sosial.

Bermula isu body shaming, isu warna kulit, kutuk mengutuk, komen jelik dan berbaur lucah antara yang sering kita baca di mana artis yang terkena akan menyuarakan kekesalan hati mereka apabila reputasi mereka tercalar. Sebagai manusia biasa, “siapa boleh tahan” kalau hari-hari menerima cercaan dan sudah pasti kesabaran akan menipis.

Tentu peminat masih ingat isu penyanyi Misha Omar yang memberi tempoh 7 hari kepada peminat kerana memfitnahnya menggunakan Mak Esah (bomoh) selepas dirinya memenangi Anugerah Juara Lagu ke 33.

Dua netizen ini antara yang menerima teguran selepas memalukan Misha Omar dengan membuat dakwaan wujud Mak Esah selepas Misha diumumkan sebagai juara dalam Juara Lagu yang lalu

Insiden itu bermula hanya kerana  peminat, Zahar, 27 tahun yang tidak berpuas hati kerana penyanyi kesukaannya, Siti Sarah Raisudin tidak memenangi apa-apa gelaran dan menuduh Misha menggunakan Mak Esah untuk menang pertandingan tersebut. Lelaki berkenaan akhirnya meminta maaf di atas keterlanjuran kata-katanya dan mengaku bersalah selepas peguam mewakili Misha menuntut pemuda berkenaan membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan saman.

Linda Rafar dilihat agak berani dengan mengemukakan tindakan saman terhadap 100 individu yang bertindak memalukannya di media sosial dengan komen keterlaluan berikutan kesnya dan jururawat suatu masa lalu

Masih ingat dengan kes Linda Rafar dengan jururawat sehingga ramai mengeluarkan komen jelik dan menyakitkan hati sehingga memaksa pelakon berkenaan mengambil tindakan saman terhadap 100 individu kerana memalukannya di media sosial?

Isu tersebut masih berjalan malah ada doktor yang diberikan surat saman sebanyak RM4 juta berikutan kes yang tular di media sosial ini.

Isu warna kulit turut menjadi bahan ejakan netizen sehingga memaksa emaknya mengambil tindakan membuat laporan polis kerana sudah keterlaluan.

Kala ini, kecoh tentang isu warna kulit yang dihadapi oleh Artis Baru Wanita Popular, Haneesya Hanee di ABPH 32 sehingga ada peminat menyamakan warna kulitnya itu seperti Hajar Aswad sehingga memaksa ibunya membuat laporan polis kerana sikap keterlaluan netizen yang sentiasa menyakiti hati artis berbakat ini.

Jasmin Hamid antara artis yang berjaya menyaman peminat kerana menyamakan wajah anak perempuannya seperti bapok yang mana menurutnya ia harus menjadi pengajaran kepada orang lain untuk melontarkan kata-kata selepas ini terhadap individu lain

Sebelum itu, isu pelakon Yasmin Hamid turut berjaya memenangi saman malu selepas anak angkatnya digelar bapok oleh netizen dan memaksa permohonan maaf secara terbuka dilakukan oleh netizen yang memalukan anaknya di media sosial.

Sikap netizen yang agak keterlaluan membuatkan penyanyi kesayangan ramai Dato Siti Nurhaliza turut menjadi mangsa kecaman di media sosial sehingga memaksa pengurusnya, Rozi membuat kenyataan tidak teragak-agak mengambil tindakan selepas ini

Begitu juga pengurus artis popular Dato Siti Nurhaliza

iaitu Rozi yang akan mempertimbangkan tindakan saman selepas Dato Siti dimalukan di media sosial oleh netizen yang agak biadap melontarkan komen.
Baby Shima antara mangsa netizen yang kurang ajar di media sosial

 

 

Terbaru, penyanyi Baby Shima yang menjadi mangsa “kelucahan melampau” remaja yang menghantar mesej lucah kepadanya memberi amaran serius kes berkenaan.

Membuktikan dakwaannya benar, Shima memuatkan tangkap layar itu sebagai bukti sambil memberi amaran di ruang sama. Dalam kenyataannya, Baby Shima berkata, “Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni. Telefon kena godam.

“Masih ada yang tidak sedar diri lagi rupanya! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda,” coretnya.

Adakah netizen berfikir artis milik masyarakat? Sebelum itu perlu faham apa azab perlu korang hadap kalau tertangkap mengeluarkan komen jelik kepada individu lain.

BACA DI SINI : Apa Perlu Buat Bila Jadi Mangsa Fitnah Viral Di Media Sosial? Peguam Ajar 5 Langkah

Apa ada di sebalik Akta Komunikasi  & Multimedia 1998 (Akta 588)

Disebabkan artis manusia biasa punya hati dan perasaan sebagaimana individu lain, pastinya mereka tidak terlepas membuat tindakan susulan jika terus dimalukan. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:

Seksyen 211:  Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik

(1)   Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.
(2)   Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Manakala di bawah Seksyen 233 (1) (b) pula mengikut  Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1) (b), seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Mangsa boleh terus membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan atau terus membuat laporan di SKMM untuk tindakan selanjutnya.

Jadi sebelum komen jelik-jelik dan menyakitkan hati, perlu fikir maksud ini, benarkah  ARTIS MILIK MASYARAKAT? Atau sebenarnya ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT?

Mereka punya hati dan perasaan dan sebagaimana kita tidak mahu hati kita disakiti, jangan sesekali kita menyakiti hati orang lain.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros