Setibanya musim perayaan saban tahun, pastinya tidak lekang kemeriahan persediaan berhari raya dengan bermacam-macam trend fesyen terbaru yang diperkenalkan oleh jenama lokal.

Pada tahun 2024, REMAJA tertarik dengan trend samping instant yang kembali dihangatkan semula oleh beberapa rumah fesyen. Jika dahulu, samping instant popular dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Selari dengan peredaran zaman dan kehendak berbeza si pemakai. kaedah samping yang menggunakan velcro fastener dan waist band.

Tiga jenama fesyen yang mengambil langkah tersebut ialah Behati, Petra RTW dan Fiziwoo.

Behati misalnya memperkenalkan rangkaian ‘Sampin Re-Engineered’ bagi koleksi lebaran ‘S U C I’. Selain menyediakan butang sebagai penyatu samping, Behati juga menggunakan mekanisma waistband yang kemudian dilengkapi dengan tali pinggang ataupun brooch keemasan.

Menariknya juga, Behati turut menyelitkan elemen poket mini pada bahagian in-seam bagi memudahkan korang membawa sampul duit raya, misalnya ke mana-mana.

Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
(Dari kiri): Baju Melayu Barat (Army) & Baju Budi (Emerald).
Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
(Dari kiri): Baju Satin Teluk Belanga (Pewter) & Baju Atas (Olive Duchess).
Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
(Dari kiri): Baju Muda (Sage) & Baju Takwa (Slate).

Tidak ketinggalan menyediakan elemen poket di bahagian hadapan dan belakang samping ialah jenama Fiziwoo menerusi koleksi Riveira Raya 2024.

IKLAN

Diinspirasikan daripada rona vibran serta rekaan bumi Mediterranean, Fiziwoo menawarkan ‘Shantung Printed Instant Samping’ yang menggunakan fabrik jenis Shantung Jacquard.

Rekaan samping ringkas two-sided ini hanya perlu dilipat dan disatukan dengan velcro boleh-ubah. Macam-macam boleh korang ‘angkut’ dengan samping yang satu ini.

Antara warna-warna yang ditawarkan termasuklah Monochrome, Brown Beige, Greying Blue dan Olive Green.

Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
(Dari kiri): Olive Green & Monochrome.
Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki
(Dari kiri): Greyish Blue & Brown Beige.

Tidak ketinggalan, jenama Petra RTW turut memperkenalkan ‘samping instant’ dalam rekaan ala kain pelekat. Samping Abraham ini cukup senang untuk dipakai, korang hanya perlu mencantumkan bahagian velcro sahaja mengikut keselesaan masing-masing.

IKLAN

Yang penting, ia menggunakan fabrik polycrepe yang tidak mudah berkedut.

Khabarnya, samping Abraham ini telahpun sold out! Apa kata korang nantikan update terbaru daripada Petra sekiranya mereka akan menambah stok baharu.

Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki Trend ‘Samping Instant’ Kembali Hangat Raya Tahun Ini, 3 Pereka Fesyen Ini Mudahkan Pemakai Lelaki

IKLAN

Yang mana satu menjadi idaman korang?

ARTIKEL BERKAITAN: Baju Melayu ‘Transparent’ Sesuai Untuk Cuaca Malaysia, ARMA COUTURE Boleh ‘Alter’ Jika Pemakai Tidak Selesa Seksi – REMAJA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI