Dulu, trend “Social Media Challenges” atau pun cabaran sosial media di telefon bimbit dianggap salah satu cara release tension atau sekadar suka-suka. Namun, kini ketagih penduduk dunia terhadap cabaran media sosial ini dilihat sudah ditahap melampau malah turut mengundang bahaya.
Baru-baru ini timbul pula satu lagi cabaran yang sedang popular di seluruh dunia iaitu ‘tripping jump challenge’ yang mana cabaran ini melibatkan seorang individu yang berada di tengah akan di-prank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara dua lagi rakan di sebelahnya akan menyepak kaki individu tersebut.
Antara kecederaan yang akan dihadapi, risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh. Pastinya, bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak.
Sepanjang cabaran ini tular, seorang remaja perempuan di Brazil meninggal dunia selepas melakukan permainan yang popular dalam kalangan remaja.
Selain ‘tripping jump’/ ‘skullbreaker challenge’, ini 4 cabaran yang pernah popular di media sosial yang turut mendatangkan bahaya sehingga membawa maut.
Korang masih ingat dengan kes kanak-kanak mati sebab terpengaruh dengan “Momo Challenge” tahun lepas?
Cabaran ini meminta pengguna menambah kenalan dan menghubungi seseorang digelar ‘Momo’ menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.
Menurut sumber, cabaran ini juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.
2. Choking game
Cabaran ini pernah mencetuskan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia. Cabaran yang turut diberi nama ‘pass-out challenge’ memerlukan seseorang bertindak menekan dada dengan kuat hingga tidak bernafas selama beberapa saat.
Kesan daripada tekanan (choking) itu dikatakan akan menyebabkan hilang nafas selama beberapa saat, namun ia juga boleh mengundang maut.
3. Keke challenge
Cabaran ini ramai rakyat Malaysia buat, artis pun tak ketinggalan melakukan cabaran ini. Cabaran yang memerlukan pencabar turun dari kereta bergerak sambil menari untuk lagu ‘In My Feeling’ oleh penyanyi, Drake. Rata-rata, cabaran ini menerima kecaman kerana bukan sahaja membahayakan malah tidak kelihatan bermoral.
Ketika cabaran itu menular, Arab Saudi mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan kekechallenge atas sebab yang sama, tidak selamat dan mungkin tidak bermoral.
4. Cabaran Bird Box
Cabaran Bird Box ini pula timbul inspirasi dari filem Netflix yang mana ia memerlukan mereka melakukan pelbagai kegiatan termasuk memandu, berjalan dan membeli-belah dengan mata mereka ditutup dengan kain. Ish…serius bahaya kan!
Dalam senarai video cabaran diatas, sebenarnya, ada lagi kes-kes kematian. So apa pendapat korang?