Semakin lama, semakin kreatif garapan pereka fesyen terhadap rekaan busana kahwin moden.
Terbaru, pasangan merpati sejoli yang telah melangsungkan majlis resepsi, Alif Muhaimin dan isteri, Nur Fatin Alissa Azam tampil dalam adibusana yang dicipta khas buat mereka hasil kreativiti pereka tempatan, Kashfi Zulkufli.
Ibarat meraikan sang putera dan puterinya yang muncul dari kisah dongeng, kedua-dua bukan sahaja tampak eksklusif dengan permainan warna hitam putih, malah busana masing-masing mempunyai makna yang lebih mendalam lagi kreatif termasuklah nama Alif Muhaimin yang ditenun pada bahagian bahu blazer!
REMAJA menghubungi Kashfi untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai idea di sebalik pembikinannya.
Bagaimana timbulnya idea bagi busana Alif dan Alissa?
Kashfi Zulkufli (KZ): Perbualan awal kami bermula kira-kira dua bulan sebelum majlis resepsi berlangsung pada 24 Jun 2023. Harus saya berikan pujian buat Alif dan Alissa kerana mereka datang kepada saya lengkap dengan konsep yang diinginkan. Impian mereka adalah agar busana tersebut tidak bersifat stereotaip seperti pasangan pengantin lain. Oleh itu, saya terapkan beberapa kelainan yang boleh korang lihat di beberapa bahagian busana.
Trend tenun nama pengantin pada busana.
KZ: Buat pertama kalinya untuk majlis resepsi selebriti tempatan, saya perkenalkan idea nama pengantin pada sutnya. Nama Alif Muhaimin menghiasi bahagian kiri sut dengan kontras warna hitam putih dan saya percaya, trend nama yang ditenun ini akan menjadi hot dan lebih ramai pengantin yang akan inginkannya untuk busana kahwin mereka pula.
Ads
Bagi Alissa pula, kami telah menggunakan idea hand-embroidered custom lace yang dicipta khas untuknya sahaja 100 peratus, dari peringkat melukis motif hinggalah menenun.
Tidak ketinggalan, kami juga menyelitkan elemen bow pada bahagian belakang skirt ball gown siap dengan tandatangan Alyssa yang ditenun pada fabrik bow. Selain itu, busana ini juga mempunyai butterfly cape pada bahagian bahu.
Ya, memang banyak perincian unik pada kali ini dan saya terfikir, why not? Ia adalah hari bahagia mereka yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup.
Tiara Hitam
KZ: Konsep tiara black diamond yang dipakaikan pada kepala Alyssa mungkin kelihatan janggal jika dipadankan dengan rekaan gaun berbeza, namun untuk busana perkahwinannya ia seakan sentuhan terakhir yang melengkapkan imejnya sebagai raja sehari. Kami customed agar ia kelihatan lain daripada yang lain dengan campuran rona hitam dan perak.
Ads
Nilai Eksklusif Busana Kahwin Alif Muhaimin & Ayssa
KZ: Seperti yang saya kongsikan tadi, Alif dan Alyssa hadir kepada saya dengan bersedia. Bukan sahaja dengan idea malahan bajet yang ingin digunakan bagi mendapatkan busana perkahwinan impian mereka.
Sepasang busana yang dicipta khas seperti ini selalunya bernilai dalam lingkungan RM30,000 dan Alif sedari awal sudahpun bersedia dengan bajet bersesuaian tanpa merintih untuk ditaja oleh pihak kami. Beliau bersetuju dan memberi kebebasan kepada saya untuk merealisasikan apa yang mereka idamkan.
Apapun Kashfi Zulkufli selaku pereka fesyen pada majlis resepsi perkahwinan telah mencipta magis tersendiri yang lari daripada busana stereotaip agar Alif Muhaimin dan Alissa akan mengingati hari istimewa mereka sehingga bila-bila.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak sah sekiranya pra-musim Aidilfitri tidak diwarnai dengan pertunjukan fesyen daripada jenama terkenal, Bulan Bintang.
Hadir dengan tem The Terrpaling Raya pada Sabtu lalu, Bulang Bintang menampilkan koleksi siap pakai Raya 2024 untuk digayakan sedondon seisi keluarga.
Menarik pada tahun ini, ada di antara 40 rekaan disediakan yang telah direka khas dengan siluet baharu yang dinamakan sebagai ‘Pesak Flexi’ demi keselesaan pemakai.
Ia merupakan rekaan zip di bahagian pesak baju Melayu yang memudahkan pemakai untuk menyarung dan menanggalkan baju Melayu tanpa masalah.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi ketika ditemui media berkata mereka cuba mengolah ringkas rekaan baju Melayu agar pelanggan lelaki boleh beraya dengan lebih selesa.
Ia juga demi membalas jalas pelanggan setia Bulan Bintang yang setia memberikan sokongan sepanjang sembilan tahun operasi perniagaannya.
Begitupun, Azzim yang juga mesra dikenali dengan panggilan Meri memberi amaran mesra buat jenama-jenama pesaing yang juga dalam kelompok pereka baju tradisi.
“Rekaan Pesak Flexi ialah inovasi yang Bulan Bintang buat. Kami telah patenkan dan daftar rekaan ini dengan MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia)
“Jadi saya nak pesan kepada jenama-jenama jiran saya, kalau boleh janganlah tiru pula benda ini,” katanya.
Dalam pada itu, Azzim juga menyentuh mengenai pemilihan Remy Ishak sebagai duta koleksi baju Melayu Teluk Belanga bagi kempen pada tahun ini.
“Remy Ishak kami rasakan sesuai untuk mewakili (jenama). Remy Ishak ialah ‘wajah’ rekaan (baju Melayu) Teluk Belanga.
“Jadi dengan pasaran artis Malaysia yang saya rasa sesuai untuk gayakan Teluk Belanga dengan muka Melayu, yang maskulin dan kena dengan sasaran pasaran itu, abang Remy calon paling sesuai untuk menggayakan (rekaan koleksi) Teluk Belanga.”
“Apabila kita pilih seseorang untuk mewakili Bulan Bintang, kita memang kaji latar belakang dan respon media sosial tentang mereka,” jelasnya lagi.
Pada tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pertunjukan fesyen raya Bulan Bintang di Menara Kuala Lumpur yang memecah Malaysian Book of Records dengan persembahan formasi dron terbanyak di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan pelakon jelita, Nelydia Senrose di majlis ijab kabul adiknya, Raysha Rizrose kepada Nabil Jeffri semalam telah mencuri tumpuan ramai dek imej berbaju kurung.
Sedari siang hari, pelakon filem Jebat itu sudahpun memuat naik beberapa hantaran bagi berkongsi momen-momen persediaan dia bersama adik-beradiknya termasuklah Uqasha bagi majlis Raysha dan Nabil itu.
Perasaan gembira, bangga dan sedih saling bercampur-baur memandangkan Raysha merupakan adik yang mereka sayangi dan pimpin menyertai industri seni menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015.
Pada sebelah malamnya pula, Nelydia tampil dengan persalinan elegan yang cukup bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab.
Nelydia Senrose bersama Che Puan Syamim Farid di majlis akad nikad di antara Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri.
Memilih busana baju kurung kuning cair hasil rekaan Zaimi Zulkafli (yang juga bertanggungjawab menyiapkan persalinan pertunangan Raysha pada 22 Disember lalu), Nelydia disamakan sebilangan warganet dengan gaya wanita daripada kerabat diraja Melayu.
Daripada penggayaan hijab jenis bawal hinggalah ke hujung sepatu jenama Monolo Blahnik yang disarungkan olehnya, kejelitaan Nelydia memang tidak dapat disangkal.
Catat Zaimi Zulkafli dalam satu perkongsian di Instagram, beliau meraih inspirasi untuk baju kurung moden ini sewaktu bercuti di Gili Trawangan yang merupakan sebahagian daripada kepulauan ‘triplet’ Gili di Barat Laut Lombok, Indonesia.
Ia diilhamkan daripada rona langit senja ciptaan Ilahi yang molek disusun dengan lapisan awan keperangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laluan untuk untuk menjadi ratu cantik seolah-olah sudah digariskan untuk mereka yang tinggi lampai dan kurus sahaja, namun perlahan-lahan perkara ini berubah seiring dengan kemunculan individu-individu yang berani mencabar standard kecantikan normal yang ada dibenak masyarakat.
Emma Loney, gadis berusia 24 tahun telah membuktikan bahawa berat badan bukan halangan untuk tampil cantik dan yakin. Pelajar jurusan undang-undang di Kolej Universiti Nothern Illinois ini telah berjaya berada dalam kedudukan kelima dalam pertandingan Miss Earth USA 2022. Seiring dengan kejayaannya itu dia diberi gelaran Miss Earth USA Eco 2022.
Kredit foto: Instagram Emma Loney
Ini merupakan kali kedua Emma menyertai pertandingan ini, tahun lalu cita-citanya terkandas apabila dia sekadar berjaya berada dalam kedudukan 12 terbaik sahaja.
Emma yang merupakan seorang model plus-size, pencipta kandungan digital dan penyokong tegar kempen body positivity. Dia itu memulakan perjalanan dalam dunia pertandingan ratu cantiknya seawal usia 16 tahun dan menyedari bahawa gelaran dan platform itu boleh digunakan untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.
Dengan semangat yang tidak pernah mengalah, perjuangan Emma dalam dunia ratu cantik mendapat perhatian ramai ketika dia menyertai pertandingan Miss Earth USA 2021 mewakili Wisconsin. Kemudiannya dia menyertai pertandingan Miss USA Illinois mewakili daerah Southern Illinois.
Dalam hantaran di laman Instagramnya sejurus dia dinobatkan sebagai penyandang gelaran Miss Earth USA Eco 2022, tulisnya, “Dinobatkan sebagai Miss Earth USA Eco adalah satu langkah ke hadapan yang besar untuk pertandingan ratu, dan saya benar-benar berharap untuk melihat lebih banyak penerimaan di seluruh Amerika Syarikat dan dunia.”
Selain itu dia turut menyatakan sebab mengapa dia tidak berputus asa walaupun ada yang mengkritiknya dek badannya yang besar. “Saya terus bersaing untuk memberi inspirasi kepada wanita lain yang kelihatan seperti saya atau sesiapa sahaja yang pernah merasakan mereka tidak sempurna kerana penampilan mereka.
“Saya terus bersaing untuk menunjukkan bahawa SEMUA wanita adalah cantik, dan idea tradisional ‘peraduan kecantikan’ perlu diubah, kerana peraduan adalah lebih daripada kecantikan luaran kita, tetapi sebaliknya, kecantikan dalaman kita. Saya mendapat, dan akan terus, dikritik kerana kelihatan seperti saya dan bersaing dalam pertandingan. Tetapi norma sosial yang mencabar akan sentiasa dipenuhi dengan bahagian kebenciannya, dan perubahan bukanlah mudah,” kongsinya penuh makna.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya...