Trending Di Twitter, Bandar Seoul Dilanda Hujan Lebat & Banjir Buruk

Share

Tular di laman twitter dengan tanda pagar Seoul apabila ramai yang berkongsi situasi banjir terburuk yang berlaku selepas hujan lebat yang melanda bandar itu. Dilaporkan sekurang-kurangnya tujuh orang maut dengan taburan hujan terkumpul di Seoul mencecah paras 420milimeter.

Hujan lebat yang bermula pada hari Isnin itu menyebabkan banjir teruk di beberapa bahagian pusat bandar sehingga mengakibatkan beberapa tempat letak kereta dipenuhi air. Perkhidmatan kereta api dan kereta api bawah tanah juga ditunda pada beberapa laluan, malah banyak syarikat yang meminta agar pekerja mereka bekerja dari rumah.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Di daerah Gangnam pula, beberapa bangunan terputus bekalan elektrik dan ditenggelami air, manakala kereta, bas dan stesen kereta api bawah tanah turut ditenggelami air menyebabkan orang ramai terkandas di beberapa buah premis.

Perkongsian di twitter turut mendapat perhatian ramai apabila Seoular menjadi trending.

Difahamkan, situasi ini menjadikannya hujan terburuk dalam tempoh 80 tahun dan sama-samalah kita berdoa agar cuaca di sana bertambah baik. Semoga keadaan rakyat mereka juga baik-baik hendaknya.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman