Très Bon! Ini 5 Fakta Menarik Tentang Penjaring Perancis 19 Tahun, Kylian Mbappe

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Ya, semua orang merasa sedih apabila Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo terpaksa pulang awal selepas pasukan Argentina dan Portugal masing-masing tewas kepada lawan.

 

Namun, mata semua orang malam ini terarah kepada kelibat pemain remaja pasukan Perancis, Kylian Mbappe yang berjaya menjaringkan gol sensational keempat semasa menentang Croatia.

Jom lihat 5 fakta menarik tentang Kylian. Seriously, he is an upcoming star.

 

01

Kylian Mbappe dilahirkan di Bondi, Perancis. Ayahnya berasal dari Cameroon manakala ibu pula dari Algeria. Secara teknikal, Kylian boleh mewakili pasukan bola sepak Cameroon, Algeria ataupun Perancis secara sah.

Namun pada usia 17 tahun, dia melakukan debut sebagai pemain profesional pasukan Perancis.

 

02

Kylian menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idola dan pemain bola sepak kegemarannya selama ini. Lihat sajalah pada dinding bilik tidurnya yang penuh dengan foto dan poster CR7. Gambar ini diambil ketika Kylian berusia 13 tahun (2012).

 

03

Kylian adalah pemain bola sepak paling muda dalam sejarah yang pernah menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol di dalam satu perlawanan sejak Pele ketika Brazil menentang Sweden pada tahun 1958.

Dia juga kini adalah pemain remaja kedua untuk menjaringkan gol semasa perlawanan akhir selepas kali terakhir dilakukan oleh Pele untuk pasukan Brasil!

 

04

Semasa mengambil sepakan penalti ketika menentang Argentina, pasukan statistik merekodkan kelakuan larian Kylian iaitu 38 km/j.

Larian itu adalah lebih pantas berbanding larian purata pelari terpantas 100m dunia, Usain Bolt.

 

05

Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Kylian telah dan akan mendermakan 100 peratus daripada bayaran perlawanan yang diterimanya daripada pasukan bola sepak Perancis kepada badan kebajikan.

Itu bermakna Kylian menderma EU 20,000 setiap perlawanan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, pemain bola sepak tidak perlu dibayar untuk mewakili negara sendiri.

Hebat!

Published by
FZ