Trik Ambil Gambar Sendiri Untuk Solo Traveller

Share

Nak jadi solo traveller memang kena banyak akal. Kalau tak, macam mana nak capture momen-momen indah sepanjang bercuti? Takkan la semua gambar kita nak harapkan orang lain yang tolong snap kan?

Nah, tak payah pening-pening nak fikir, korang boleh cuba trik yang dikongsi oleh gadis yang berpengalaman menjadi solo traveller di Korea dan Australia ini, dalam merakamkan foto sepanjang pengembaraan solonya.

1. Gears

Semua jenis kamera okay. Tapi saya gunakan GoPro Hero 4 silver yang berusia 3 tahun. Bersama 3 way pole sebagai tripod.

Kelebihan GoPro ialah kecil, boleh setting wide/narrow/medium

sesuaikan dengan suasana. Jika Japan dan Korea saya tak perlukan sangat tripod sebab banyak tiang/pokok/tembok rata yang senang nak letak gopro sahaja.

Tapi di Aussie memang perlukan tripod. Sebab Aussie tak banyak tiang/tembok rata. Aksesori tambahan lain, seperti gopro head strap dan body mount.

2. Setting

Banyak setting boleh guna. Tapi saya guna video+photo untuk rakam video dan capture photo dalam masa yang sama. Boleh setting capture photo setiap 5 seconds.

Pastikan setting tu buat as default supaya kita boleh guna setting yang sama dan jimat masa. Jika saya guna cameraphone, boleh guna timer/paling mudah guna remote (connect dengan bluetooth phone).

3. Tempat selamat untuk letak GoPro

Paling mudah kalau tempat tu tak ramai orang. Tapi kalau ramai, pilih spot yang tak ada siapa perasan.

Trick saya, saya letak atas tiang/tembok yang rata, klik dan act

macam biasa. Jarang ada orang yang perasan kamera kecil di Aussie. Jika ada pun, dorang akan hanya puji.

Masa di Blue Mountains, ada foreigner perasan kamera kecil saya. Dia puji trick tu sebab dia sendiri tak kan perasan pun.

Di Great Ocean Rd, paling ramai tourist. Tapi, ada spot saya berjaya capture sebab tak ada siapa perasan.

4. Confident dan creative

Sepanjang saya rakam pengembaraan sendiri di Japan, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Australia, apa yang penting ialah confident.
Jika tak confident dengan tempat tu, tak perlu ambil risikoa. Tapi, saya akan cuba alternatif lain dengan cuba spot lain yang lebih selamat.

Kadang-kadang spot lain lebih cantik dan rare dari gambar-gambar yang biasa diambil. Kita boleh creative mengambil gambar sambil explore satu-satu tempat dari sisi lain.

Seperti di Sydney Opera House dan Sydney Habour, anda boleh dapat spot

yang kurang ramai orang seperti di Milson Point. Gambar yang lebih style yang berlatar belakangkan Luna Park dan Habour Bridge.

5. Jadi diri sendiri

Walaupun gambar-gambar saya ambil sendiri tu dirancang, tapi semua gambar-gambar itu ialah ‘real candid’ yang merakam perasaan, emosi, gerak tubuh yang sebenar secara spontan semasa mengembara.

Saya sangat berpuas hati dengan hasil ‘candid’ yang natural setiap kali pulang daripada pengembaraan.

Jadi, siapa kata bercuti seorang diri tak boleh capture gambar cantik-cantik kan?

Terima kasih: Yoon Hee

Published by
Noor Ain Norman