Kalau korang perasan lately ni selalu hujan. Dan salah satu masalah bila musim hujan adalah baju yang kita basuh lambat kering. Bagi yang ada mesin pengering mungkin tiada masalah tapi bagi yang tiada boleh praktikkan tip berikut.
Aspek penting untuk memastikan baju yang kita jemur tanpa cahaya matahari cepat kering adalah dengan memastikan cara kita menjemur pakaian adalah betul.
Semasa keluarkan pakaian dari mesin basuh kibas setiap helai sebelum menjemur untuk kurangkan kedutan dan meluruskannya supaya cepat kering.
Bila menggantung pakaian, susun pakaian saiz kecil di bahagian bawah dan pakaian lebar di atas supaya setiap pakaian terkena aliran udara.
Gantung baju secara lurus tanpa ada bahagian yang terlipat kerana kerana bahagian yang terlipat ini akan mengambil masa untuk kering.
Elak menjemur pakaian secara rapat atau bertindan kerana menghalang aliran udara seterusnya melambatkan pengeringan. Berikan jarak termasuklah jika menggunakan penyangkut baju.
Pakaian yang berat sebaiknya tidak digantung kerana ia akan menyebabkan ia makin melebar. Letakkan di atas permukaan yang rata. Mungkin akan ambil masa untuk kering tapi saiznya tidak akan melebar.
Biasanya kita membasuh baju menggunakan bahan pencuci yang mempunyai pelembut dan pewangi. Bahan kimia yang terkandung dalam pelembut dan pewangi ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit, pernafasan malah boleh mencetus alahan. Jadi seeloknya sidai baju di bahagian balkoni atau luar rumah yang berbumbung, bukan di dalam rumah.
Sumber: Brightside.me
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.