#TrikTiktok : Pakai Foundation Guna Face Roller, Lebih Sekata & Tutup Pori-Pori

Share

Haipp, berani ya kata muka kita bercapuk..

Tetapi itulah hakikatnya jika korang tersalah sapu bedak asas ataupun foundation. Bedak asas atau lebih dikenali sebagai foundation merupakan salah satu produk mekap paling penting bagi setiap wanita.

Foto Via Pexels

Hmmm…tapi tak apa, Senang je nak cantik, belajar di TikTok!

TikTok cukup dikenali dengan trik kecantikan yang genius. Dari viral produk penjagaan wajah ke teknik kerintingkan rambut dengan hairdryer dan bermacam-macam lagi yang diakui keberkesanannya.

ARTIKEL BERKAITAN : Girls! Banggalah Dengan Warna Kulit Sendiri Dengan Memilih Tona Foundation Betul

Terbaru, seorang pengguna TikTok dengan nama  Avonna Sunshine menyiarkan video dirinya aplikasi foundation menggunakan rose-quartz face roller.

 

@avonnasunshineAnswer im_siowei thanks to everyone! ##AEHolidayForever ##viralvideo ##fyp ##makeuphack♬ original sound – Avonna Sunshine

Dia mendakwa face roller ini membuat asas lebih sekata, membantu mengecilkan liang-liang, ia memberikan aplikasi yang sangat licin, dan anda akan mendapat litupan yang lebih penuh (kerana roller tidak menyerap sebarang produk). Malah, kesejukan roller menutup pori-pori anda untuk memberikan anda kemasan yang lebih licin daripada menggunakan span atau berus berbulu.

 

@beyoutifulhoneyOh wow, pleasantly surprised! Worth a shot 🍯🐰✨ ##beyoutifulhoney
##fyp ##makeuphack ##jaderollerfoundation ##makeuphacks ##makeuptrends♬ original sound – Avonna Sunshine

Bukan hanya Avonna, malah ramai juga yang berkongsi trik mengunakan face roller untuk aplikasi foundation ini.

BACA LAGI : “Selalu Elak Foundation Takut Muka Bercapuk” – Ikut 4 Tip Makeup Artist Ni Guarantee Jadi

 

@themexicanbeauty This was so nice! My complexion looked so good all day! Thank you @Avonna Sunshine for sharing this amazing way to apply foundation 👏🏽🤩#facialroller #makeuphacks2021 #facialrollermakeup #beautyhacks2021 #makeup #makeuptips ♬ Lofi – Domknowz

Tapi sebagai pemulaan pastikan korang mendapatkan face roller, contoh jade, rose quartz, amethyst, blue aventurine – mana-mana batu yang sesuai.

Penulis sudah cuba sendiri! Menyapu foundation

dengan roller ini ternyata beri kesan yang baik, tidak tebal dan kulit umpama tidak memakai apa-apa tapi terpulang kepada pendapat masing-masing la kan.

Dah tonton? Apa lagi cuba praktis, mana tahu terus jadi expert!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana