Truly Malaysian, McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan

Share

Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?

Susulan itu, Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.

Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri.

Mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.


Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi — justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.

Pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.

Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.

Jadi, kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng sambil OOTD di restoran ini.

Sumber : Utusan

Published by
Ruziana Zainal